Perbadanan Menteri Besar Perak
13/06/2026
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗕 𝗜𝗡𝗖. 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Perak sebagai cerminan komitmen strategik dalam memperkukuh jalinan kerjasama bagi memperkasa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MB Inc. Perak.
Hadir sama, Pengarah JKKP Perak, Tuan Haji Mohd Hazlim Husain; Encik Rizam Abd Rani selaku wakil pengurusan kanan MB Inc. Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MB Inc. Perak; serta para pegawai daripada JKKP Perak dan MB Inc. Perak.
Pertemuan tersebut telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif, meliputi perancangan pelaksanaan program kerjasama, pemantapan mekanisme libat urus yang berkesan serta pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat MB Inc. Perak.
Sebagai pemegang taruh utama yang diiktiraf oleh JKKP Perak, MB Inc. Perak meyakini bahawa sinergi erat antara kedua-dua pihak merupakan teras kepada pembudayaan amalan kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan seluruh warga kerjanya dan berhasrat agar jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama secara menyeluruh.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Level 16 Techno Trade Center, Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
Ipoh
30020
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |