KKDW Negeri Perak
04/05/2026
𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐮𝐡𝐝 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐳𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐀𝐧𝐧𝐮𝐚𝐫
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar.
Setiap langkah yang diatur oleh YBhg. Datuk sepanjang menerajui KKDW dan setiap usaha yang digerakkan mencerminkan dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat desa.
Segala jasa dan bakti yang dicurahkan akan terus menjadi sumber inspirasi dan legasi yang bermakna buat seluruh warga KKDW. Didoakan agar YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan serta kebahagiaan dalam menempuh lembaran kehidupan yang baharu.
01/04/2026
📢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝟐 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢!
Ingin tahu bagaimana Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) boleh membantu anda? Jom hadir dan dapatkan konsultasi percuma daripada petugas kaunter di reruai A6 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)!
SPKR merangkumi pelbagai inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), latihan kemahiran, program peningkatan pendapatan, pembangunan insan dan sokongan komuniti. Semua bantuan ini untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.
Kami turut menyediakan konsultasi seperti:
📝 Rizq Desa 2026
📝 Desa Kirana
🎨 KEMAS: Konsultasi pendidikan awal & demo kemahiran tangan
🛠️ TVET MARA: Demo VR HVVAC (𝘏𝘦𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘝𝘦𝘯𝘵𝘪𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 & 𝘈𝘪𝘳 𝘊𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯𝘪𝘯𝘨)
🎮 Aktiviti interaktif: 𝘒𝘢𝘩𝘰𝘰𝘵, 𝘞𝘰𝘳𝘥 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩, permainan tradisi & cabaran 𝘖𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘎𝘢𝘮𝘦 Cilik
Orang ramai dijemput hadir dan memanfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan dengan inisiatif yang ditawarkan sepanjang PMR Perak 2026.
🗓️ Tarikh: 3 – 5 April 2026 (Jumaat – Ahad)
🕗 Masa: 9.00 pagi – 9.00 malam
📍 Lokasi: Bulatan Sultan Azlan Shah (SAS), Meru, Ipoh, Perak
Jumpa anda di sana!
"Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Blok B, Tingkat 1 & 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |