Resepiku

Resepiku

Share

01/02/2023

Resepi Bingka Labu Marveloss

Bahan2
3 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan 👉 (guna santan kotak Kara. 1 kotak tambah 1 cawan air )
3/4 gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla👉(optional)
2 sudu butter
2 cawan labu yg dh rebus dan di lenyek
Bijan secukup nye
Perwana kuning sedikit utk naikkn wrna

Cara2
Satukan semua bahan2 di atas ,blend semua sekli sampai sebati yer...
Dah siap tuang dlm loyang.
Jgn lupa sapu butter dulu loyang ,bwh lapik kertas minyk senang nk keluarkn kek nanti
loyang ikut masing² nk guna loyang ape ☺
Dh tuang dalam loyang tabur bijan dan bkar selama sejam suhu 180 ke 200
Ikut oven masing2 .
Dh siap blh la di hidang dan di nikmati.

Sumber resepi :FB
Foto dan airtangan: Eniza M. Salim

01/02/2023

Resepi kuey teow kungfu:🍽

Bahan2 untuk goreng Kueyteow:
3 senduk minyak masak
3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
Secubit garam
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 3 bahagian. (Cuci untuk buang minyak & toskan)

Cara2:
1. Dalam mangkuk pecahkan telur, masukkan white peper & garam. Pukul rata.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kueytiau dalam mangkuk berisi telur tadi & terus goreng macam goreng telur dadar. Goreng untuk sepinggan ye. So kena goreng 3x untuk 3 orang makan.

Bahan2 untuk kuah kueyteow:
3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang & sotong
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
2 pokok sayur kailan
1/2 sudu white pepper
3 sudu sos tiram
sedikit garam
1/2 kiub ayam
2 -3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air

Cara2:
1-Panaskan 2 sudu makan minyak masak.
2-Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan & masukkan isi ayam berserta sos tiram dan hingga ayam masak.
3-Masukkan air, carrot ,anak jagung dan batang kailan. Dah menggelegak masukkan udang, sotong, kiub ayam. Perisakan dengan whitepepper & garam secukupnya.
4-Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak2 b*k mana kuah korang nak. Fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah. Sesuaikan rasa. Boleh tambah extra white pepper & sos tiram jika s**a.

Bila dh siap, curahkan kuah ke dlm pinggan berisi kueytiau goreng tadi & enak dimakan panas2.

Kredit : Nurha Muhammad

01/02/2023

RESEPI AYAM BAKAR BLACKPEPPER

Bahan-bahan:
* 1/2 ekor ayam (cuci bersih & toskan)
* Gula/ madu

Bahan B (dikisar/ ditumbuk)
* 1 batang serai
* 5 ulas bawang putih
* Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai selera)
* Sedikit sos tiram
* Sos cili
* Sos tomato
* Serbuk kunyit
* Lada hitam serbuk
* Lada hitam hancur
* Sedikit lada putih
* Garam
* Sedikit minyak masak @ minyak bijan
* 1 sudu besar planta

Cara-cara:
1. Gaul sebati semua bahan C kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati lagi
2. Kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
3. Kmeudian kalau guna gula, boleh terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 – 15 minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
4. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing. Saya guna suhu bawah 180c, atas 150c. Lebih kurang 1 jam 30min.

Kredit: Dani

01/02/2023

Chicken Grill
Bahan-bahan:
Ayam
Sos lada hitam
Serbuk herba rosemary
Serbuk herba tyhme
Serbuk lada hitam
Garam
Gula (lebihkan)
Sedikit air panas/air suam
Cara-cara:
Basuh ayam.
Kemudian, masukkan sos lada hitam (jika pekat, tambahkan air suam/panas).
Kacau sebati, kemudian perasakan dengan garam, serbuk herba rosemary, serbuk lada hitam, serbuk herba thyme dan gula.
Kacau sebati dan masukkan ayam. Perap semalaman.
Bakar menggunakan ketuhar/air fryer menggunakan suhu 200°C selama 17 minit.
Sedia untuk dihidang.

28/01/2023

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL😋😋😋

Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit Resepi: Dzanariah

28/01/2023

Asam rebus ikan + nenas

☑3 biji lada merah besar
☑4 biji lada merah kecil
☑1 labu sedang bwg besar
☑1 biji bwg putih.
☑1/2 inci halia
☑1/2 inci kunyit hidup.
gandakan bahan jika masak lebih,sy masak ni utk 5 ekor ikan je.
➡semua bahan ni kisar halus.
☑1keping asam keping.
☑suku biji nenas potong² kecil
☑Daun kesum
☑garam,sedikit gula.

cara²
➡masukkan semua bahan kisar dlm periuk,tambahkan air sebanyak mana yg kita s**a,masukkan garam.gula,asam keping,n nenas.
➡masak dgn api yg sedang sehingga kuah mendidih ganas.cukupan rasa.
➡kemudian masukkan ikan n daun kesum.
masak shingga ikan tu masak.
ok siap.

Sumber : As As

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Gurun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Gurun