Hospital Gerik
14/05/2026
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐌𝐏𝐈𝐒
Satu lagi sesi Lawatan Penanda Aras Medical Programme Information System (MPIS) ke Hospital Baling telah berjaya dilaksanakan pada 14 Mei 2026. Lawatan produktif ini bertujuan meninjau secara teliti pelaksanaan modul-modul utama merangkumi:
✅ Pendaftaran dan Hasil
✅ Fisioterapi & Terapi Cara Kerja
✅ Dietetik dan Sajian
✅ Radiologi
✅ Pesakit Dalam
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada 𝐂𝐨𝐫𝐞 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐌𝐏𝐈𝐒 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 di atas kesudian menerima kunjungan kami serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Layanan mesra dan kerjasama erat anda amat kami hargai dalam usaha memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan.
05/05/2026
📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PAKAR
Dimaklumkan bahawa kerja pendawaian semula di Klinik Pakar akan dijalankan bermula 2 Mei 2026 hingga 2 Julai 2026.
Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan akan dipindahkan ke lokasi sementara seperti berikut:
📍 Klinik Pakar sementara – Bilik Tabung Darah (asal)
📍 Unit Optometri – Bilik Penyusuan JPL (asal)
📍 Tabung Darah & Kaunseling – Recovery Room & Pantri OT (asal)
Segala usaha akan diambil bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar.
🙏 Mohon kerjasama semua pihak serta orang awam untuk ambil maklum perubahan ini.
Terima kasih.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Hospital Gerik, Jalan Intan
Gerik
33300