GRPB the Penang Model
30/04/2026
27/02/2026
Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Ekonomi & Sosial)
Pada 24 & 25 Februari 2026, telah berlangsung Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 bagi Kategori Ekonomi & Sosial. Sesi viva ini merupakan salah satu fasa penting dalam proses pengadilan dan penjurian bagi menilai projek yang dipertandingkan oleh pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan ini.
Bagi kategori Ekonomi & Sosial, sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dan membentangkan projek masing-masing di hadapan panel juri profesional. Antara barisan panel juri profesional yang dijemput untuk mengadili kategori ini ialah:
1) Prof. Dato’ Dr Noraida Endut (KANITA USM)
2) Prof. Madya Dr. Nur Syakiran Akmal Ismail (Pusat Pengajian Kerajaan, UUM)
3) Dr. Khairusany Mohamed Yusof (Jabatan Kewangan Negeri)
4) Encik Mohamad Azhar Fadziya (Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut)
Kehadiran panel juri yang berpengalaman dan berkaliber ini telah memastikan proses penilaian dijalankan secara telus dan berintegriti selaras dengan objektif penganjuran GRPB Champion Award MBPP 2025.
27/02/2026
Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Alam Sekitar)
Pada 23 Februari 2026 (Isnin), telah berlangsung Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 bagi Kategori Alam Sekitar. Sesi viva ini merupakan salah satu fasa penting dalam proses pengadilan dan penjurian bagi menilai projek yang dipertandingkan oleh pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan ini.
Bagi kategori Alam Sekitar, sebanyak sembilan pasukan telah mengambil bahagian dan membentangkan projek masing-masing di hadapan panel juri profesional. Antara barisan panel juri profesional yang dijemput untuk mengadili kategori ini ialah:
1) Dr. Jacqueline Liza Fernandez (Ahli Akademik)
2) Prof. Madya Dr. TPr. Khoo Suet Leng (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia)
3) Puan Nurliana Samsudin (Jabatan Pertanian Negeri)
4) Ts. Mohd Rezanajuib Ramli (Bahagian Kerajaan Tempatan)
Kehadiran panel juri yang berpengalaman dan berkaliber ini telah memastikan proses penilaian dijalankan secara telus dan berintegriti selaras dengan objektif penganjuran GRPB Champion Award MBPP 2025.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Tingkat 47, KOMTAR
Georgetown
10503
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:30 |
| Tuesday | 09:00 - 17:30 |
| Wednesday | 09:00 - 17:30 |
| Thursday | 09:00 - 17:30 |
| Friday | 09:00 - 17:30 |