Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang
26/05/2026
Secara spiritual, haji melambangkan persamaan taraf manusia di sisi Allah SWT dan penyatuan ummah tanpa mengira warna kulit, pangkat, mahupun bangsa.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 dari kami warga Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.
24/05/2026
Program Outreach 2026 - Program Derma Darah Peringkat Komuniti Kepala Gajah anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal
Tarikh : 24/5/2026 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat Kitar Semula, Taman Puteri Gunung, Pulau Pinang
Petugas :
1. Encik Mohamad Sufiyan bin Mohamad
2. Puan Anita binti Ismail
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi hadir ke reruai Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.
21/05/2026
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN APRIL TAHUN 2026 (DPT BLN4/2026)
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN APRIL 2026 (DPT BLN4/2026)
1. DPT BLN4/2026 telah diperaku pada 20 Mei 2026 dan diwartakan pada 21 Mei 2026. DPT BLN4/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Mei 2026 hingga 19 Jun 2026.
2. DPT BLN4/2026 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 39,111 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 April 2026 hingga 30 April 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 15,880 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 1,369 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
3. DPT BLN4/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
TUNTUTAN
1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 April 2026 hingga 30 April 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status dalam tempoh 1 April 2026 hingga 30 April 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN4/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN4/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C yang boleh di muat turun di laman sesawang rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.
3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
BANTAHAN
1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D yang boleh di muat turun di laman sesawang rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.
2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Tingkat 4, Bangunan MARA, 33, Pengkalan Weld, George Town
Georgetown
10300