Suara Rakyat Pulau Pinang
26/11/2024
SEMATKAN DALAM JIWA KITA UNTUK SENTIASA MEMEGANG KEPADA 3 INTIPATI REFORMASI
13/11/2024
PEMILIHAN U MOBILE SEBAGAI PENYEDIA RANGAKAIAN 5G MELALUI PROSES TENDER BUKAN ‘DIRECT AWARD’
Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G Kedua Malaysia adalah melalui proses tender dan ianya tidak bertentangan dengan syarat khas lessen bagi suatu lessen individu.
Kerajaan melalui MCMC telah melaksanakan pemilihan melalui proses ‘beauty contest’ atau proses tender bukannya secara ‘direct award’.Pemilihan U Mobile adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal dikemukakan serta rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada pemilihan syarikat ini adalah sumbangan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) dan projek penaiktarafan 4G. U Mobile juga telah memberi komitmen untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20 peratus,bagi memastikan kawalan yang lebih besar oleh rakyat Malaysia dan mengundang penyertaan daripada pelabur tempatan.
06/11/2024
PENDAPATAN ISI RUMAH RM4,729 PERBULAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP
abatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan purata Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) di Malaysia sebanyak RM4,729 sebulan dengan purata isi rumah seramai 3.8 orang.
PAKW itu juga merekodkan perbandingan di kawasan bandar dan luar bandar dengan nilai masing-masing iaitu RM5,040 (bandar) dan RM3,631 (luar bandar).Negeri Selangor mencatatkan nilai PAKW tertinggi iaitu RM5,854 manakala PAKW terendah direkodkan di Perak dengan nilai RM3,723. Daerah Petaling mencatat nilai PAKW tertinggi di iaitu RM6,660 manakala terendah dicatat di Bukit Mabong (RM1,945).
DOSM menyatakan nilai tersebut dipengaruhi melalui saiz isi rumah, umur, jantina dan kawasan yang diduduki rakyat Malaysia.
30/10/2024
BELANJAWAN 2025: PELUNCURAN PELAN TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA MENGANGKAT DARJAT DAN MARTABAT BUMIPUTERA
Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera oleh PM Anwar Ibrahim merupakan langkah penting dari kerajaan untuk mengangkat darjat dan martabat Bumiputera.Kerajaan telah memperuntukkan RM2.3 bilion dalam Belanjawan 2025 untuk menyokong ekonomi Bumiputera dengan melibatkan beberapa agensi.
Sejumlah RM800 juta untuk pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan. Selain itu kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion kepada kontraktor G1-G4 Bumiputera untuk melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana.RM200 juta juga disediakan untuk Skim CAKNA 2 untuk kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil kerajaan bernilai sehingga 1.5 juta ringgit.
Dengan pelan yang menyeluruh dan berfokus kepada keperluan Bumiputera, Belanjawan 2025 ini dapat membantu mengangkat martabat dan memajukan ekonomi mereka secara berkesan pada masa hadapan.
29/10/2024
PROGRAM PAYUNG RAHMAH DIPERHEBATKAN DALAM MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT
Belanjawan 2025 memperuntuk RM300 juta untuk program Payung RAHMAH. Jumlah tersebut meningkat RM100 juta berbanding tahun 2024. Jualan RAHMAH diteruskan dengan tawaran pada harga yang berpatutan di semua DUN pada setiap bulan.Kerajaan memperuntuk RM700 juta bagi memperluas jualan RAHMAH sekaligus bagi mengawal harga barang melalui usaha sama bersama pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.
Empat inisiatif Kerajaan Perpaduan iaitu Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH bagi menyantuni golongan B40. Layari laman sesawang KPDN bagi mengetahui info lajut, https://kpdn.gov.my/ms/
02/10/2024
KEJAYAAN KERAJAAN MADANI, INFLASI OGOS MENURUN, RASIONALISASI SUBSIDI DIESEL BERJALAN LANCAR
Kadar inflasi Malaysia bagi Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2, berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelum itu,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rasionalisasi subsidi diesel yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak memberi kesan serius pada kadar inflasi negara.
Ini adalah susulan langkah-langkah mitigasi yang telah diambil oleh kerajaan dimana langkah itu juga berjaya meminimumkan kesan kos kepada perniagaan.Oleh yang demikian, kadar pertumbuhan ekonomi negara masih dalam keadaan terkawal dan ini adalah sebuah kejayaan oleh pihak kerajaan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Komtar
Georgetown
10503