Kaki Bakar Line
Apa Yang Sebenarnya Menentukan Undi Pengundi? Menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan, pelbagai persoalan hangat terus diperdebatkan:
📈 Adakah ekonomi akan menjadi faktor utama menentukan undi rakyat?
💰 Mengapa ada yang berkata ekonomi negara berkembang, tetapi rakyat masih merasakan tekanan kos sara hidup?
🏭 Apakah sebenarnya ukuran kemakmuran yang dinilai oleh pengundi?
⚖️ Sejauh mana isu-isu lama seperti 1MDB masih mempengaruhi pemikiran rakyat?
📱 Adakah pengundi hari ini membuat keputusan berdasarkan fakta, pengalaman hidup atau persepsi media sosial?
🎤 Ikuti wawancara eksklusif bersama
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
Kupasan terus terang mengenai ekonomi negara, persepsi politik, cabaran masa depan serta faktor-faktor yang bakal menentukan keputusan pengundi dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.
🎯 Fakta.
🎯 Analisis.
🎯 Perspektif dari dalam pentadbiran negara.
Jangan lepaskan peluang mengikuti perbincangan yang bakal membuka dimensi baharu tentang hubungan antara ekonomi dan politik dalam menentukan masa depan Malaysia.
10/04/2026
Masa PRU, majoriti rakyat Malaysia beria kempen suruh tolak UMNO, kata UMNO tak relevan, kata UMNO korup. Sekarang bila harga barang naik, harga diesel naik, tiba-tiba korang tanya mana suara Zahid Hamidi? Masa pangkah dulu, korang bagi UMNO 26 kerusi saja. Dengan 26 kerusi, korang expect dia ada kuasa macam zaman ada 100 kerusi ke?
Secara logik matematik politik, dengan 26 kerusi celah gigi dalam kerajaan campuran yang ada 148 kerusi, macam mana korang boleh harapkan UMNO jadi pembuat keputusan mutlak atau superman yang boleh sekat semua polisi ekonomi secara solo?
Isu kos sara hidup, harga minyak, dan ekonomi ni bawah kementerian mana? Kenapa nak petik nama Zahid ? Kalau nak bising, pergilah bising kat menteri-menteri yang pegang portfolio ekonomi dan kewangan. Zahid performed dengan portfolio dia.
Ke manusia jenis macam ni sebenarnya rindu zaman UMNO jadi kerajaan? Sebab tu apa-apa jadi, nama UMNO juga yang disebut sebut dulu. Indirectly ramai rakyat Malaysia mahu UMNO kembali menerajui negara secara tunggal.
Korang benci Zahid, tapi korang cari Zahid bila susah. Korang tolak UMNO, tapi korang harap UMNO selamatkan ekonomi. Masalahnya bukan kat Zahid atau UMNO, tapi kat pendirian korang yang tak tetap. Nak UMNO kuat ke nak UMNO lemah? Kalau nak UMNO kuat, pangkah dan kuatkan UMNO dari sekarang, kempen untuk UMNO.
Menangkan BN masa PRU16. Biar Bn tadbir negara secara solo.
12/11/2025
Isu Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang.
Apa sebenarnya yang berlaku?
MoU Perak & Pulau Pinang ini seperti tamparan kasut di muka MB Sanusi apabila Pulau Pinang membuat rundingan membeli air dari negeri Perak.
Isu pergaduhan Kedah Dan Pulau Pinang berkenaan air sungai muda tidak memberi peluang untuk Kedah menjual air kepada P.Pinang malah P.Pinang menukar arah 180 darjah kepada negeri Perak.
Jadi untuk tidak menampakkan kebodohan MB kerana gagal menjual air kepada P.pinang jadi satu "Plan usang" telah diguna pakai utk menuntut Pulau Pinang kembali dan menjadi hero kepada rakyat kedah.
Isu sebenarnya rakyat kedah harus tanya kepada MB Kedah kenapa bukan Kedah yg supply air ke Pulau Pinang?
Tepuk Dada Tanya MB.
Nota Kaki
Isu “Pulau Pinang milik Kedah”
Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada British melalui perjanjian tahun 1786 dan 1800, tapi selepas kemerdekaan 1957, semua perjanjian lama diserap ke dalam struktur Persekutuan.
Maka, Pulau Pinang sekarang ialah negeri berdaulat dalam Malaysia, bukan lagi “wilayah pajakan”.
📌 Kesimp**an
Pulau Pinang tidak boleh keluar daripada Malaysia secara sah.
Jika ia cuba berbuat demikian, tindakan itu tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.
10/11/2025
KJ Kembali Kepada UMNO?
Hangat sedang diperkatakan yang Mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia EN. KHAIRY JAMALUDIN akan kembali ke pangkuan UMNO. Dengan sedikit formalities daripada KJ kepada Presiden UMNO akan menjernihkan keadaan krisis KJ-Zahid.
Dalam masa yang sama KJ memerlukan tempat utk bertanding yang "Sure Win" untuk membolehkan beliau kembali berada di dalam kabinet.
ada penganalisis politik berkata KJ akan bentanding di Rembau tetapi jangan kita lupa bahawa kemas**an KJ kedalam UMNO bukan untuk menghalangi Tokmat untuk bertanding di REMBAU kerana Tokmat MENANG di Rembau.
Jadi kemana KJ akan ditempatkan? saya jawab, Tempat paling sesuai adalah tempat Arwah bapa mertua KJ , Tun Pak Lah. Ini kerana Yb Reezal Merican lebih cenderung untuk bertanding DUN, dan kini beliau adalah ADUN Bertam. Jadi amat sesuailah KJ diberi peluang untuk bertanding di Kepala Batas.
Perlu diingatkan Kepala Batas kini bukan seperti Kepala Batas 20 tahun dahu;lu, harga rumah di Kepala Batas telah mencecah jutaan ringgit bermakna pengundi disana adalah pengundi yg elit.
Pengundi yang elit memerlukan Ahli Parlimen yang berjiwa rakyak tetapi berfikir strategi.
Biar Ds Reezal memberi fokus kepada isu Dun dan KJ hadir seperti Thalaiva menyelesaikan masalah Kepala Batas.
03/03/2024
Takde demo bantah sst 8% ke?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
George Town