Kelab Psukpp

Kelab Psukpp

Share

Photos from Kelab Psukpp's post 13/03/2026

🌙✨ Alhamdulillah, Selesai Sudah Majlis Santunan Aidilfitri 2026 Bersama Ahli Kelab! ✨🌙

Pagi yang penuh kemeriahan ini (Jumaat, 13 Mac 2026) telah menyaksikan warga Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat SUK Pulau Pinang (PSUKPP) berkumpul di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR seawal jam 8.30 pagi untuk sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan bulan Syawal, tetapi juga menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama ahli kelab selepas sebulan kita berpuasa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Biro Sosial dan Biro Kerohanian atas kerjasama padu yang luar biasa dalam menjayakan program yang cukup bermakna ini! 👏

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada SEMUA ahli kelab yang telah hadir memeriahkan majlis pagi tadi. Seronok sungguh melihat masing-masing melaram dengan pakaian raya yang cantik dan berwarna-warni! Kehadiran anda semua benar-benar menghidupkan suasana.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan. Maaf Zahir & Batin dari kami! 🤝💚

PSUKPP

Photos from Kelab Psukpp's post 22/01/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-22 KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Tarikh : 22 Januari 2026 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium A, KOMTAR

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tingkat 25, KOMTAR
George Town
10503