mercikkk.com official

mercikkk.com official

Share

Photos from mercikkk.com official's post 21/05/2026

TANTARI KEMBALI SINGLE TERBARU 1 CINTA 1 RINDU
By Rudy Syareme Sheriffudin for mercikkk.com official

Masih ingatkah anda dengan penyanyi cilik yang pernah mencatat fenomena luar biasa dengan lagu Rindu Hatiku Rindu dan Tantari berjaya meraih lebih 16 juta tontonan di platform YouTube, Tantari kini kembali buah tangan terbaru yang bakal meruntun jiwa pendengar.

Single terbaru, 1 Cinta 1 Rindu merupakan kesinambungan kepada perjalanan seninya yang kian memuncak dan lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik biasa tetapi sebuah penceritaan emosi yang mendalam mengenai realiti perhubungan zaman moden.

Lagu ciptaan komposer tersohor, Eddie Hamid, lagu ini mampu mengulangi fenomena lagu Rindu Hatiku Rindu yang juga merupakan lagu ciptaannya sebelum ini manakala bait liriknya ditulis oleh Jaju, Hakim Hakimi dan Te Ha dan menterjemah realiti kehidupan di mana percintaan lama dua insan tidak semestinya sampai ke penghujung yang diimpikan.

Menurut Eddie, lagu ini mengangkat tema cinta yang tidak kesampaian dan ia menggambarkan betapa peritnya sebuah kerinduan yang tidak pernah pudar atau hilang walaupun hakikatnya mereka tidak lagi dapat bersama meskipun hubungan sudah terbina dalam satu jangka masa yang panjang.

"Masa dan situasi semasa boleh membuatkan orang yang dicintai berubah hati dan akhirnya meninggalkan pasangannya dan sumber inspirasi di sebalik karya ini merupakan gabungan antara realiti dan interpretasi perasaan yang universal.

"Lagu ini diinspirasikan daripada kisah-kisah benar yang berlaku di sekeliling saya termasuk pengalaman individu terdekat yang bergelut dengan rasa rindu. Malah, saya juga menyuntik sedikit emosi yang pernah saya rasai sendiri agar penyampaian itu kedengaran lebih jujur dan tulus dari sudut hati," ujar Eddie Hamid.

Bagi Tantari p**a, bekerja dengan komposer berkaliber seperti Eddie Hamid serta Jaju, Hakim Hakimi dan Te Ha memberikan pengalaman yang cukup bermakna.

"Ini kerana proses rakaman dijalankan dalam suasana membina di mana tunjuk ajar pakar-pakar dalam penghasilan muzik yang dicurahkan kepada saya bagi memastikan roh lagu ini benar-benar sampai ke jiwa pendengar.

"Walau bagaimanapun perjalanan untuk menyiapkan lagu ini tidaklah semudah yang disangka kerana saya akui cabaran terbesar yang dihadapinya adalah untuk mendalami emosi sepanjang sesi rakaman untuk menjiwai rasa rindu dan kesedihan itu.

"Saya perlu berhati-hati agar tidak menyampaikannya secara berlebihan (over-emotional) namun dalam masa yang sama, vokal saya harus dijiwai sepenuhnya untuk membuatkan pendengar turut merasai kepedihan tersebut seperti yang dimahukan abang Eddie," tambahnya lagi.

Bagi memastikan kualiti terbaik, Tantari mengambil masa selama beberapa minggu untuk proses 'pemanasan' emosi dan penjiwaan lirik sebelum melangkah ke studio rakaman dan rakaman p**a dilakukan dalam beberapa sesi berasingan bagi memastikan setiap baris lirik dinyanyikan dengan kualiti vokal yang optimum.

Melengkapi pelancaran single ini, video muzik 1 Cinta 1 Rindu juga telah siap sepenuhnya dan dihasilkan dengan penceritaan yang menarik selari dengan naratif lagu itu dan berbekalkan kejayaan single terdahulu

Tantari meletakkan harapan yang tinggi agar 1 Cinta 1 Rindu dapat diterima baik oleh peminat seni suara tanah air dan pencinta muzik serantau.

"Harapan saya agar lagu ini dapat menyentuh hati mereka yang mendengarnya, terutamanya bagi mereka yang pernah atau sedang melalui perpisahan. Saya mahu lagu ini menjadi teman buat mereka yang sedang merindu orang yang pernah dicintai," kata Tantari menutup bicara.

Lagu 1 Cinta 1 Rindu terbitan Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital utama pada 22hb. Mei 2026 manakala muzik video rasmi lagu tersebut boleh mula ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos pada hari yang sama jam 3 petang di pautan ini https://youtu.be/aN5OijdC9j8

Nova Music Malaysia

Want your business to be the top-listed Media Company in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


George Town