PDRM Pulau Pinang
12/06/2026
πππππππ πππππ πππππ πππππ πππππ ππππππ ππ ππππ π πππππππ ππππππππ πππππππππππ πππππ ππππππ
Jumaat | 12 Jun 2026
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datoβ Ts. Azizee bin Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Pulau Pinang yang juga merupakan lawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Pemerintah Unit 3 PSP Pulau Pinang, Supt Azmi bin Awang Lah.
Dalam ucapannya, Ketua Polis Pulau Pinang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Unit 3 PSP atas komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang mereka dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, sambil menegaskan peranan penting Pasukan Simpanan Persekutuan sebagai antara formasi utama PDRM.
Beliau menyeru agar integriti, profesionalisme, peningkatan ilmu dan kemahiran serta semangat esprit de corps terus diperkukuhkan, di samping mengingatkan anggota agar menghargai peranan keluarga sebagai sumber sokongan. Beliau turut menyampaikan Surat Penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang sebagai pengiktirafan terhadap khidmat cemerlang warga Unit 3 PSP.
Turut hadir Ketua Cawangan Khas, SAC Zakaria bin A. Rahim; Ketua Jabatan Pengurusan, ACP Baeyah binti Abdul Wahab; Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, ACP Liong Sau Lai; Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Supt Abdul Malik bin Mehat, pegawai-pegawai kanan, pegawai rendah polis, dan pegawai awam Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).
πΈ Jurugambar : Kpl Amira Hanim (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang) & Kpl/D Mohd Sharizal (D6 IPK Pulau Pinang)
11/06/2026
KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PULAU PINANG
TANGKAPAN CALL CENTRE MELIBATKAN SINDIKET PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD YANG MENYASARKAN MANGSA WARGANEGARA SINGAPURA
11/06/2026
ππππππππ ππππππππ πππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππ πππππ ππππππππ
Khamis | 11 Jun 2026
Pemangku Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Zailanni bin Amit merangkap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), En. Anuar bin Mamat bersama delegasi di Bilik Tetamu, IPK Pulau Pinang, hari ini.
Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, SAC Helmi bin Aris; Ketua Jabatan Pengurusan, ACP Baeyah binti Abdul Wahab dan Pengerusi PACSU Pulau Pinang, En Ahmad Fauzi bin Abu Bakar.
πΈ Jurugambar: Kpl Mohd Zaidillah (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan
George Town