AADK TIMUR LAUT
29/05/2026
Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.
Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
26/05/2026
Program Pelajar Aktif Komuniti Bebas Dadah (PAKBD) telah berjaya dilaksanakan di SMK Abdullah Munsyi pada Jumaat lepas dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada semua pihak.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah AADK Pulau Pinang, Puan Roswati Binti Apin yang turut menyampaikan amanat berkaitan kepentingan peranan pelajar sebagai agen perubahan dalam membentuk komuniti yang bebas daripada ancaman dadah.
Turut memeriahkan program ialah kehadiran Ikon Skuad AADK, Arjo atau lebih dikenali sebagai Mamu Raja Lawak yang berjaya menarik perhatian para pelajar dengan pendekatan santai namun penuh mesej kesedaran berkaitan bahaya dadah dan gaya hidup sihat.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Skuad AADK yang turun padang membantu sepanjang program berlangsung serta memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aktiviti berjalan lancar dan teratur.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada pihak SMK Abdullah Munsyi atas kerjasama dan komitmen yang amat baik dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua guru, pelajar, urus setia dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga program seperti ini dapat terus memberi impak positif dalam melahirkan generasi muda yang lebih peka, berani berkata tidak kepada dadah dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
“Bersama Membina Komuniti Bebas Dadah”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
George Town
10400
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |