Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
19/05/2026
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗙𝗢𝗥𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!
Minat dalam bidang perhutanan dan ingin bina kerjaya yang kukuh?
Inilah peluang emas yang anda cari!
Kami sedang mencari warganegara Malaysia yang berdedikasi, berminat, dan bersemangat untuk menyertai program latihan FORTRAIN.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻?
• Peluang latihan berkualiti dalam bidang perhutanan
• peluang kerjaya yang luas
• Sertai komuniti yang aktif, dinamik dan berwawasan hijau
𝗝𝗼𝗺 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴!
Klik pautan berikut untuk permohonan dan maklumat lanjut: https://forms.gle/8bWnMpC3wwYoT7zm9
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 ialah pada 𝟱 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada Bahagian Latihan Perhutanan selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.
"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"
TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp
08/05/2026
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG
NO. SEBUT HARGA : JPNPP/400-17/2026/12
NOTIS SEBUT HARGA KERJA
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Pulau Pinang, dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dalam Gred : G2 Di Bawah Kategori: CE Pengkhususan : CE21 & CE02.
2. Kontraktor wajib mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate –
TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang berstatus ‘PATUH’ dan masih dalam tempoh sah laku dan masih dibenarkan menghadiri taklimat serta lawatan tapak ini untuk sebut harga kerja-kerja berikut:-
JPNPP/400-17/2026/12 KERJA-KERJA PEMULIHAN DAN NAIK TARAF PELANTAR PEJALAN KAKI DI TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
3. Segala maklumat dan dokumen berkaitan sebut harga boleh disemak semasa waktu pejabat di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Tingkat 34, Menara Komtar 10000, Pulau Pinang mulai dari 14 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026.
4. Kontraktor-kontraktor yang berminat dikehendaki menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada 14 Mei 2026 (Khamis) Jam: 10.00-10.30 PAGI. Kontraktor-kontraktor dikehendaki melaporkan diri di : TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya Pemilik/Penama di dalam Perakuan Pandaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang berkaitan, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputra (STB) sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini.
5. KEBENARAN KHAS adalah DIWAJIBKAN dibawa bersama semasa pendaftaran sekiranya kontraktor tiada pengkhususan seperti yang di perlukan.
6. Borang sebut harga Diberi Secara Percuma dan boleh didapati dari tarikh 14/5/2026 hingga 21/5/2026 semasa waktu pejabat di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Tingkat 34, Menara Komtar 10000, Pulau Pinang
7. Sebut harga ini akan ditutup pada 21/5/2026 (Khamis). Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut harga di Tingkat 34, Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang, sebelum JAM 12.00 Tengahari.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Paras 34, Komtar
George Town
10000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |