SSD Pulau Pinang
13/06/2026
13 Jun 2026 | Sungai Dua, Kolej Tingkatan Enam,Desa Murni, Pulau Pinang telah berlangsung Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Sempena Jelajah Agenda Nasional Sihat Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026. Anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Agensi termasuk TNB.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen Exco Belia dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan turut diiringi oleh YBhg Dato' Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
TNB telah mendapat jemputan untuk membuka booth dan pameran kereta EV TNB bagi menyantuni komuniti di sekitar kawasan Sungai Dua dengan kerjasama Unit Retail, SSD Pulau Pinang, G-Spark (Solar) dan AMI (Smart Meter).
SSD Pulau Pinang telah menghantar seramai 4 anggota iaitu:-
1. Sjn Shamsul Anuar (P/KGT Butterworth)
2. Kpl Mohd Yusri Amin (P/KGT Bertam)
3. Mohd Hammam (UP Island)
4. Mohd Zaiman (UP Island)
Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara TNB dan komuniti setempat di samping meningkatkan kesedaran masyarakat sekitar terhadap aspek pencegahan jenayah serta keselamatan komuniti dalam pengedaran risalah kepada para tetamu yang hadir. SSD juga turut mempromosikan kereta EV bagi orang ramai menggunakan perkhidmatan charger EV milik TNB di sekitar Pulau Pinang.
13/06/2026
12 Jun 2026 – Ketua Gerakan Tempatan Stesen Janakuasa Perai, SM Yahaya bin Hasan, telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama Ketua Balai Polis Pelabuhan Pulau Pinang (SPCT), Insp. Mohamad Azhar bin Halim, di Balai Polis Pelabuhan Terminal Cruise, Pulau Pinang.
Perjumpaan tersebut bertujuan tindakan awal KGT mengukuhkan hubungan kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan aspek keselamatan perairan.
Inisiatif ini dilaksanakan memandangkan SJ Perai terletak berhampiran kawasan perairan di bawah kawalan Polis Bantuan Penang Port, selain kawasan tersebut juga seringkala digunakan oleh nelayan dan pemancing untuk menjalankan aktiviti memukat dan memancing ikan.
Kerjasama dan perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak diharapkan dapat mempertingkatkan tahap keselamatan serta pemantauan di kawasan operasi dan perairan sekitar.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Kpl Abdul Mu'izz bin Saiful Yezin, Penyelia Giliran SJ Gelugor.
Sesi yang berlangsung dalam suasana mesra dan profesional ini menjadi langkah awal dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara SSD SJ Perai dan Polis Bantuan Penang Port demi memastikan keselamatan yang lebih efektif dan berterusan.
07/06/2026
5 Jun 2026 – Stesen Janakuasa Perai telah mengadakan Program Toolbox Talk Perdana yang dianjurkan oleh Bahagian Occupational Safety and Health (OSH) SJ Perai bagi memperkukuh budaya kerja selamat dalam kalangan warga kerja stesen.
Program tersebut telah disempurnakan oleh GM/MD SJ Perai, Tn Hj Rosli Ashaari, yang dalam ucapannya mengingatkan semua anggota kerja agar sentiasa berhati-hati semasa menjalankan tugas serta menjaga “toolbox” paling penting iaitu tangan, selaras dengan saranan pengurusan TNB Genco.
Turut hadir ialah KGT SJ Perai, SM Yahaya Hasan, Penyelia Giliran, Kpl Mohd Sharwani bin Mohd Ishak dan anggota bertugas L/Kpl Mohamad Shahrul bin Laydan.
Program diakhiri dengan bacaan ikrar keselamatan dan laungan semangat “Safety First” sebagai komitmen bersama untuk mengutamakan keselamatan dalam setiap tugasan.
07/06/2026
5 Jun 2026 – Stesen Janakuasa Perai telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin bagi mendoakan kesembuhan GM Pulau Pinang, Tn Wan Ishak bin Soed yang sedang menerima rawatan di hospital di Switzerland serta kesejahteraan kadepada SJ Perai.
Majlis tersebut dihadiri oleh GM/MD Stesen Janakuasa Perai, Rosli bin Ashaari, bersama seluruh warga kerja SJ Perai termasuk SM Yahaya Hasan dan L/Kpl Mohd Zikri bin Mohd Kamal mewakili SSD.
Program berlangsung dalam suasana penuh khusyuk dengan bacaan Surah Yasin dan doa khas agar beliau dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan rawatan serta kepda anggotakerja dan SJ Perai.
Majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan warga SJ Perai terhadap rakan sekerja yang ditimpa ujian.
05 JUN 2026 | KEJAYAAN OPERASI PENCEROBOHAN PENCAWANG SSD PULAU PINANG
Pada bulan Mac 2026, beberapa kes pencerobohan melibatkan pencawang TNB telah berlaku di daerah Seberang Perai Tengah (SPT). Kejadian tersebut melibatkan kecurian busbar, kabel neutral dan komponen-komponen lain sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta kerugian kepada syarikat.
Susulan daripada kejadian tersebut, SSD Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan operasi khas bagi menjalankan aktiviti risikan dan intipan. Hasil usaha berterusan pasukan tersebut, beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kes-kes pencerobohan berjaya dikenal pasti. Pasukan risikan turut berjaya mengesan lokasi kediaman suspek serta menjalankan pemantauan bagi mengumpul maklumat dan bahan risikan yang diperlukan.
Setelah maklumat lengkap diperoleh, SSD Pulau Pinang telah mengadakan perbincangan dan penyelarasan bersama pasukan PDRM D9 Daerah SPT bagi merancang tindakan serbuan dan tangkapan terhadap suspek yang terlibat.
Hasil kerjasama erat antara SSD Pulau Pinang dan PDRM, pada 5 Jun 2026, operasi yang dijalankan telah berjaya membawa kepada dua tangkapan melibatkan suspek utama serta pembeli barangan milik TNB yang dicuri di daerah SPT.
Pihak PDRM akan meneruskan siasatan serta tindakan susulan termasuk proses pertuduhan terhadap suspek yang ditangkap. Selain itu, hasil tangkapan ini juga telah membantu pihak polis menyelesaikan beberapa kes lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek yang sama.
SSD Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak DN atas kepercayaan yang diberikan serta kelulusan RJO yang telah membantu menjayakan operasi ini.
Penghargaan khas turut diberikan kepada anggota yang terlibat secara langsung dalam menjayakan operasi ini. Komitmen, dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh semua anggota yang terlibat telah menyumbang kepada kejayaan operasi ini serta membantu melindungi aset-aset TNB daripada aktiviti jenayah.
Tahniah dan syabas kepada semua anggota yang terlibat.
22/05/2026
22 Mei 2026 | Pmu 275KV Juru
PROGRAM GOTONG-ROYONG PMU JURU
Program gotong-royong yang diadakan dengan penglibatan anggota yang bertugas di PMU tersebut. Program ini dijalankan bagi memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan selamat.
Sepanjang program berlangsung, kerjasama yang baik telah diberikan oleh semua anggota yang terlibat. Selain itu, sesi ini turut digunakan bagi membuat pembetulan terhadap beberapa kejanggalan hasil lawatan KGN sebelum ini.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar serta berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
22/05/2026
22 Mei 2026 | Wisma TNB Jalan Anson
Majlis Pelancaran Program E-Waste TNB Negeri Pulau Pinang.
Majlis Pelancaran ini diadakan di aras 4 tempat letak kenderaan Wisma TNB Jalan Anson,Pulau Pinang.
Majlis dihadiri semua Ketua Jabatan, ketua Unit serta wakil dan turut hadir bersama wakil Pelitawanis dan wakil Kesatuan.
Pelancaran program ini juga dijalankan serentak seluruh TNB.
Program e-waste ini juga adalah untuk memelihara bumi dan kesejahteraan kita bersama.
22/05/2026
22 MEI 2026 | Georgetown
Engagement KGT Georgetown bersama Ketua Polis Balai Datuk Keramat, IPD Timur Laut,Pulau Pinang.
SM/PB Abdullah Bin Mohd Yusoff bersama Pem KGT Sjn/PB Mohamed Sabri telah mengadakan kunjung hormat ke atas Tn. Insp. Alagesan a/l Munusamy, Ketua Polis Balai Datuk Keramat.
Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan kerjasama antara pihak SSD Pulau Pinang dan PDRM dalam usaha menjaga aset TNB daripada sebarang pencerobohan serta kegiatan kecurian.
Dalam perjumpaan tersebut, Tn. Insp. Alagesan turut mencadangkan agar pihak SSD TNB mengaturkan sesi taklimat jenayah berkaitan scammer bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya dalam kalangan warga kerja TNB.
22/05/2026
21 Mei 2026 | Wisma TNB Seberang Jaya
Mesyuarat Kick - Off Sukan TGBS Pulau Pinang
Satu Mesyuarat dan perbincangan berkaitan Sukan TGBS telah diadakan di aras 2 bangunan Wisma TNB Seberang Jaya selepas selesai Roll Call bersama GM State .
Mesyuarat ini melibatkan semua Jabatan di dalam TGBS iaitu SSD, BSO, SD, JFM dan Finance. SSD P/KGT Bertam Yusri Amin telah hadir mewakili KGN Pulau Pinang untuk membincangkan pemilihan pemain untuk sukan CGBSO CUP pada tahun ini bagi sukan Badminton dan Ping Pong.
Turut membincangkan agihan tugas kepada semua HOD yang terlibat bagi melancarkan tugasan dan menjayakan Sukan CGBSO Cup 2026 yang akan dilaksanakan tidak lama nanti. Nantikan 9 dan 11 Jun 2026 untuk tarikh pemilihan pemain bagi kedua-dua sukan.
22/05/2026
21 Mei 2026 | Wisma TNB Jalan Anson
MESYUARAT DAN PERBINCANGAN INSTALASI SASARAN PENTING KLTL PULAU PINANG
Satu Mesyuarat dan Perbincangan berkaitan Instalasi Sasaran Penting Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) Negeri Pulau Pinang telah diadakan melibatkan pihak Chief Government Security Office (CGSO) Negeri Pulau Pinang bersama SSD KGN Pulau Pinang.
Perbincangan ini diadakan bagi menyelaras dan memperkemaskan dokumentasi berkaitan instalasi Sasaran Penting KLTL khususnya melibatkan proses perwartaan, pematuhan Seksyen 3 Akta 298 serta keperluan penyediaan pelan akui dan pelan warta daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi melengkapkan dokumen instalasi Sasaran Penting KLTL di Negeri Pulau Pinang.
Turut dibincangkan adalah tindakan susulan dan penyelarasan teknikal antara agensi berkaitan bagi memastikan setiap instalasi memenuhi keperluan perundangan serta garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan.
Wakil hadir daripada pihak CGSO Negeri Pulau Pinang ialah En. Yusrizal dan En. Devaraaj. Manakala wakil daripada SSD KGN Pulau Pinang terdiri daripada DSP/PB Arulanthu Edwin, SM/PB Yahaya, SM/PB Abdullah, Sjn/PB Mohd Yusof, Kpl/PB Mohd Azaed, Kpl/PB Abdul Muiz dan Kpl/PB Taufik.
Mesyuarat ini diharap dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara CGSO dan SSD dalam memastikan pengurusan serta kawalan instalasi Sasaran Penting KLTL dilaksanakan secara teratur, lengkap dan mematuhi kehendak Akta 298.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
George Town
10400