Pusat Sukan dan Rekreasi USM
18/07/2026
🔥 MATCHDAY | MPFL 2026 🔥
Bertemu dengan pasukan gergasi futsal tanah air bukanlah penghalang buat kami. Di atas gelanggang, nama besar tidak menjamin kemenangan. Yang menentukan adalah semangat, disiplin dan keberanian untuk berjuang hingga wisel penamat.
USM FC hadir bukan sekadar melengkapkan jadual perlawanan, tetapi untuk membuktikan bahawa setiap minit di gelanggang akan diperjuangkan demi lencana di dada.
Ayuh berikan sokongan penuh kepada barisan pemain kita. Doakan agar segala usaha dipermudahkan dan USM FC mampu menghadirkan kejutan malam ini.
💜 SELANGOR FC 🆚 USM FC
🏆 MPFL 2026
📍 KOMBES Shah Alam
🕣 8.30 PM
Berjuang Bersama. Gah Bersatu.
17/07/2026
SMK Tengku Lela Segara adakan lawatan ke Pusat Sukan dan Rekreasi USM
Pusat Sukan dan Rekreasi USM berbesar hati menerima kunjungan pelajar Pra-Universiti dari SMK Tengku Lela Segara, Marang, Terengganu.
Seramai 33 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini yang merangkumi perkongsian mengenai Program Warga Sukan USM serta lawatan ke fasiliti sukan di USM.
Terima kasih atas kunjungan. Semoga lawatan ini memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada para pelajar.
17/07/2026
🔥 𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛 𝗗𝗔𝗬 | MPFL Sirkit 6 🔥
Hari yang dinanti akhirnya tiba! 💜🖤
Inilah masanya untuk kita bersatu hati, memberikan sokongan tanpa henti kepada barisan pejuang USM FC yang bakal turun menentang KL City FC.
Setiap minit di gelanggang adalah perjuangan. Setiap sorakan daripada penyokong adalah pembakar semangat. Demi lencana di dada, kami akan berjuang habis-habisan!
🆚 USM FC vs KL City FC
📅 Sabtu | 18 Julai 2026
🕙 10:00 Pagi
📍 KOMBES Shah Alam
Ayuh warga USM dan seluruh penyokong futsal Malaysia, doakan yang terbaik buat pasukan kita. Semoga segala usaha membuahkan hasil dan pulang dengan mata berharga.
💜 BERJUANG BERSAMA. GAH BERSATU. 💜
16/07/2026
USM International Sports Innovation Challenge 2026 (USM SIC 2026) kini kembali!
Sertai platform yang menghimpunkan pelajar, penyelidik, industri dan pencipta inovasi sukan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi idea, teknologi serta penyelesaian inovatif untuk masa depan dunia sukan.
📅 2 – 4 Oktober 2026 📍 Dewan Utama Pelajar (DUP), Universiti Sains Malaysia
✨ Connecting Global Industry with Emerging Sports Innovation
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada revolusi inovasi sukan!
Innovation SportsTechnology AIInSports FutureOfSports SportsResearch SportsIndustry EmergingTechnology TechForSports MalaysiaInnovation SportsScience GlobalInnovation SportsConference PSRUSM SICUSM InnovateInspireImpact
16/07/2026
NEXT MISSION: ON. 🔥💜
Sirkit 6 menanti. Dua perlawanan, satu misi — berjuang habis-habisan demi lencana di dada.
📅 Sabtu | 18 Julai 2026
🆚 KL CITY FC
⏰ 10:00 AM
📅 Ahad | 19 Julai 2026
🆚 SELANGOR FC
⏰ 8:30 PM
Setiap minit di gelanggang adalah peluang untuk membuktikan semangat, disiplin dan kebangkitan USM FC. Teruskan doa dan sokongan anda buat seluruh barisan pemain serta pegawai pasukan.
NEXT MISSION: ON.
Berjuang Bersama. Gah Bersatu. 💜🖤
15/07/2026
Bawa Harapan. Cipta Sejarah. Julang Nama USM!
Jom share posting menandakan anda atlet Universiti Sains Malaysia !
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
Pusat Sukan Dan Rekreasi
George Town
11800
Opening Hours
| Monday | 08:10 - 22:00 |
| Tuesday | 08:10 - 22:00 |
| Wednesday | 08:10 - 22:00 |
| Thursday | 08:10 - 22:00 |
| Friday | 08:10 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 19:00 |
| Sunday | 09:00 - 19:00 |