PenangKini

PenangKini

Share

Photos from PenangKini's post 12/05/2026

Queensbay Mall Penang pada Tahun 2010

Rindunya vibe masa ni…

📷 kiwiwipenang

12/05/2026

Malang tidak berbau
tapi dia ada bunyi........
🎥Muhd Azim

12/05/2026

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow 曹觀友 berharap isu kelewatan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang mengambil masa melebihi tiga bulan bagi penternak sangkar ikan marin dapat segera diselesaikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (SPS).

Beliau berkata, kelulusan segera TOL penting supaya penternak dapat memperoleh sijil Sistem Kultur Laut (SKL) serta subsidi minyak bagi bot SKL untuk menjalankan aktiviti perikanan dengan lancar.

Menurut beliau, masalah sama berhubung kelewatan TOL tidak sepatutnya terus berulang dan kerajaan negeri mahu pendekatan baharu dilaksanakan, termasuk menerima permohonan pembaharuan TOL lebih awal sebelum tamat tempoh lesen.

Kon Yeow turut menyambut baik cadangan supaya tempoh TOL dipanjangkan antara lima hingga tujuh tahun dengan bayaran dibuat setiap tahun bagi mengurangkan beban penternak. Namun katanya, cadangan tersebut berdepan kekangan kerana Seksyen 67 Kanun Tanah Negara menetapkan TOL tamat pada 31 Disember setiap tahun tanpa mengira tarikh ia diluluskan.

Selain itu, beliau turut berharap Kerajaan Persekutuan melalui Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya dapat mencari penyelesaian lebih menyeluruh berkaitan subsidi minyak untuk bot SKL yang didakwa lebih rendah berbanding bot nelayan biasa.

Katanya, nelayan dan pengusaha sangkar ikan marin merungut kuota subsidi minyak sedia ada yang disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak mencukupi untuk kegunaan operasi bulanan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama pengusaha sangkar akuakultur marin di Sungai Udang, Sungai Acheh pada 9 Mei 2026.

12/05/2026

Jalan Permatang Pauh depan Shahida Ikan Bakaq.
Abam Moto jangan blah macam tu saja..
🎥leemanquah

12/05/2026

Tiada Cadangan Pinda Had Dua Penggal Ketua Menteri Kepada 10 Tahun – Chow Kon Yeow

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri ketika ini tidak mempunyai rancangan untuk meminda had perkhidmatan Ketua Menteri daripada dua penggal kepada tempoh agregat 10 tahun. Menurut beliau, tafsiran dua penggal yang diguna pakai kini adalah berdasarkan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

Beliau menjelaskan bahawa tempoh dua penggal dikira bermula dari tarikh persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pembubarannya dan bukannya berdasarkan tarikh pilihan raya. Justeru, sekiranya DUN dibubarkan lebih awal, tempoh keseluruhan dua penggal boleh menjadi kurang daripada 10 tahun namun tidak boleh melebihi tempoh tersebut.

Kon Yeow berkata, had dua penggal diperkenalkan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri, namun perubahan landskap politik semasa turut perlu diambil kira. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara itu dipertimbangkan semula pada masa depan sekiranya pindaan berkaitan had jawatan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan diluluskan kelak.

Want your business to be the top-listed Media Company in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Macalister Road
George Town