JPN Pulau Pinang
19/04/2026
OPS SARA, OPS ID & OPS BUDI BUKTI KOMITMEN JPN BENDUNG PENYALAHGUNAAN IDENTITI
18 April 2026 (Sabtu) - Bahagian Penguatkuasaan (BSK) JPN Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa operasi bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam melibatkan kekuatan 5 anggota dan 1 pemandu.
Operasi yang dijalankan merangkumi Ops SARA di tiga pasaraya utama sekitar Seberang Perai dan Bertam, Ops ID melibatkan pemeriksaan pekerja premis, serta Ops BUDI di beberapa stesen minyak sekitar Jawi, Hentian Juru dan Bertam.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kes penggunaan MyKad milik individu lain bagi tujuan tertentu. Tindakan nasihat dan penerangan telah diberikan kepada individu terlibat. Selain itu, sebanyak 14 keping MyKad tertinggal yang disimpan oleh stesen minyak telah dirampas untuk tujuan semakan lanjut.
Secara keseluruhan, sebanyak 56 MyKad telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan. Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
07/04/2026
Ramai yang masih belum tahu, dan sebab itu kami terus berkongsi.
Kami faham, bukan semua urusan boleh dibuat dengan mudah. Ada keluarga yang berdepan kekangan fizikal, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan bagi permohonan kad pengenalan. Sebab itu JPN hadir ke rumah — supaya tiada siapa tercicir daripada memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Terima kasih kepada Public Health Malaysia kerana membantu menyebarkan kesedaran ini.
💙 Jika anda kenal sesiapa yang memerlukan, maklumkan kepada kami.
💙 Sebarkan maklumat ini — mungkin kecil bagi kita, tetapi besar maknanya bagi mereka.
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Ramai yang masih tak tahu.
Kalau dalam keluarga anda ada warga emas uzur, pesakit terlantar, atau individu OKU yang sukar hadir ke pejabat, JPN ada perkhidmatan MEKAR IHSAN yang boleh membantu urusan dokumen pengenalan secara turun padang ke rumah.
Menurut penjelasan akaun rasmi JPN, perkhidmatan ini diwujudkan untuk golongan yang benar-benar tiada upaya untuk hadir ke pejabat bagi urusan seperti gantian IC atau permohonan IC 12 tahun, termasuk OKU fizikal, mental dan golongan lain yang memerlukan.
Ini perkara yang patut lebih ramai tahu. Kadang-kadang bukan keluarga tak mahu uruskan, tetapi keadaan memang terlalu sukar. Bila perkhidmatan dipermudahkan begini, ia sangat membantu ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang selama ini menanggung cabaran secara senyap.
Tolong sebarkan. Mungkin pada anda ini cuma satu maklumat, tapi pada keluarga lain, ini boleh jadi satu kelegaan yang besar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang, Aras 3, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson
George Town
10400