Nota Bisnes Marhean

Nota Bisnes Marhean

Share

02/01/2022

Lama dah tak Cik Admin menulis dan berkongsi.. maaf ya sebab agak kekangan masa untuk menaip.. in syaa Allah Cik Admin akan kembali berkongsi di ruang page ni dalam masa terdekat ni.

Ada SSM? Enterprise? Partnership? Sdn bhd?

Bila nak siapkan penyata kewangan?

Bila nak isytihar cukai?

Macam mana?

1. Jika anda pemilik sdn bhd, serahkan pada akauntan utk tutup akaun tahunan dan seterusnya utk audit serta pengiraan cukai. Mereka akan uruskan..

Jika takda akauntan, hanya ada kerani akaun macam mana? P lawat firma akaun dan hantar dokumen serta upan mereka utk urusan akaun, audit dan cukai.

2. Jika anda pemilik enterprise/partnership.. selalunya mereka tiada staf akauntan sendiri.. cuma ada staf admin cm kerani akaun. Atau pun urus admin sendiri..

Pastikan.. dokumen cukup dari bulan 1 - bulan 12... bank statement cukup.. resit dan invois jualan cukup.. baucar bayaram serta dokumen resit duit keluar cukup...

Upah saja partime akauntan / bawa ke firma akaun.

Dan seterusnya upah tax agent/firm utk uruskan pengiraan cukai.

Please.. jgn ambil risiko submit sendiri. Tapi jika buat sendiri.. itu pilihan sendiri tanpa paksaan..

Ok?

=====

Form BE - utk orang bermajikan tanpa bisnes
Form B - utk pemilik bisnes jenis enterprise/milikan tunggal
Form P - utk pemilik bisnes jenis perkongsian

Moga bermanfaat. 😎

007

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. 😉

27/10/2021

Langkah asas daftar perniagaan :
(Enterprise/Partnership Alert!)

1. Daftar bisnes di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Secara asasnya kita ada 3 jenis syarikat yang boleh didaftarkan :

a. Enterprise (Milikan Tunggal)
b. Partnership (Perkongsian)
c. Sdn Bhd / Berhad

Mudah saja sekarang ni, hanya perlu layar dan daftar akaun di sini : https://ezbiz.ssm.com.my/

Semua panduan disediakan di pautan ezbiz.

2. Daftar akaun bank syarikat

Perlu mempunyai akaun bank berdaftar setelah pengesahan pendaftaran syarikat di Langkah 1 berjaya.

Pilih bank yang mudah memberikan kemudahan kewangan kepada peniaga terutamanya enterprise dan juga akses yang berpatutan dengan keperluan syarikat.

3. Daftar nombor cukai.

Bagi yang berkerja sambil berbisnes, kebiasaannya anda sudah ada nombor pendapatan cukai indvididu. Hanya pastikan anda sudah daftar dan "log in" ke laman web ezHasil.

Bagi yang belum ada, boleh "walk-in" ke cawangan LHDN terdekat untuk mendapatkan bantuan pendaftaran nombor cukai.

Setelah mendapat nombor cukai, diingatkan juga untuk mendapatkan nombor pin untuk digunakan semasa "log in" ke ezHasil supaya boleh dilakukan secara talian untuk pengisytiharan pendapatan.

Nota :
Untuk peniaga enterprise dan partnership, hanya memerlukan nombor cukai individu.

Kecuali utk sdn bhd/berhad, perlu didaftarkan menggunakan nombor cukai syarikat.

4. Tambahan : Untuk peniaga/usahawan yang mempunyai gerai/ premis / kedai/ pusat komersil perniagaan, perlu mendaftar lesen premis di kaunter pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing di mana tempat gerai/ premis/ kedai/ pusat anda menjalankan perniagaan.

Di PBT, diingatkan juga untuk membayar lesen "signboard" sebelum dipasangkan didepan tempat jalankan bisnes.

Moga bermanfaat. 😎

003

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. 😉

Want your business to be the top-listed Business in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


George Town
10050