EASES Penang
29/05/2026
🎧 Muzik, gaming, video, podcast — semua ini sebahagian daripada kehidupan harian kita. Tapi, adakah kita menjaga pendengaran kita?
Bunyi yang terlalu kuat dan terlalu lama boleh menyebabkan kerosakan pendengaran yang kekal — tetapi ia boleh dicegah.
💡 Kurangkan volume
💡 Ambil rehat pendengaran
💡 Gunakan peranti dengan bijak
💡 Sayangi telinga anda
Kerana pendengaran bukan sekadar untuk hari ini, tetapi untuk sepanjang hayat. 👂✨
15/05/2026
🌟 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐩𝐞𝐞𝐜𝐡-𝐋𝐚𝐧𝐠𝐮𝐚𝐠𝐞-𝐇𝐞𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐧𝐭𝐡 🌟
🏠🗣️ 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆! – 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇
Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak! Tahukah anda, perkembangan bahasa dan komunikasi anak tersayang sebenarnya boleh dirangsang dengan sangat mudah melalui aktiviti harian di rumah? 😉
Jangan tunggu sehingga anak mengalami kelewatan pertuturan (speech delay). Jom amalkan 𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 ini setiap hari:
1️⃣ 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐔𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 (𝐒𝐞𝐥𝐟-𝐓𝐚𝐥𝐤)
Ceritakan apa yang ibu bapa sedang lakukan.
2️⃣ 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐥𝐞𝐥 (𝐏𝐚𝐫𝐚𝐥𝐥𝐞𝐥 𝐓𝐚𝐥𝐤)
Ceritakan apa yang anak sedang lakukan.
3️⃣ 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐋𝐮𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 (𝐄𝐱𝐩𝐚𝐧𝐬𝐢𝐨𝐧)
Tambah satu atau dua perkataan pada ayat anak untuk meluaskan kosa kata mereka.
4️⃣ 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 (𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐨𝐟 𝐖𝐚𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠)
Beri anak masa 5–10 saat untuk menjawab. Jangan gopoh menghabiskan ayat mereka!
5️⃣ 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 (𝐆𝐢𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞𝐬)
Galakkan mereka bersuara dengan memberi pilihan mudah.
⚠️ 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆:
Kurangkan masa skrin (screen time), ikuti minat anak semasa bermain, dan gunakan mimik muka serta nada suara yang pelbagai agar perbualan lebih menyeronokkan!
🔴 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍?
Sila ambil perhatian sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal ini:
▪️ Anak belum mengeluarkan kata bermakna pada usia 18 bulan.
▪️ Anak belum boleh menyambung dua perkataan pada usia 2 tahun.
▪️ Anak kurang bertentang mata (eye contact) atau tidak menoleh apabila dipanggil.
Sila rujuk pakar atau 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧-𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 di hospital berdekatan sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang perkembangan anak.
❤️ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐥 mampu mengubah masa depan mereka!
Sila Like & Share poster bermanfaat ini untuk kesedaran bersama komuniti kita! 👇
08/05/2026
May is National Speech-Language-Hearing Month 👂🗣️
Dari bunyi ke otak: pendengaran yang baik adalah asas komunikasi, pembelajaran dan kualiti hidup.
📊 Infografik ini membantu anda:
✔️ Memahami bagaimana bunyi diproses dari telinga ke otak
✔️ Mengenali tahap pendengaran (normal hingga profound)
✔️ Menyedari tanda awal masalah pendengaran bagi dewasa, kanak-kanak & bayi
⚠️ Jangan abaikan tanda-tanda awal:
* Sukar faham percakapan
* Kerap minta orang ulang
* Anak lambat bercakap atau tidak respon bila dipanggil
💙 Jaga pendengaran, jaga masa depan komunikasi anda & anak-anak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Website
Address
George Town
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |