Manabro
27/08/2021
TUJUH PUNCAK DUNIA (The Seven Summits)
The Seven Summits of the World ataupun Tujuh Puncak Dunia merujuk kepada 7 gunung tertinggi di dunia, yang dinobat pada setiap 7 benua berbeza. Dalam setiap benua dunia, ada 7 gunung tertinggi dalam setiap benua itu yang dipilih memasuki senarai ini. Tujuh benua yang dimaksudkan adalah benua Asia, Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika, Eropah, Antartika, dan Oceania. Manakala tujuh gunung tersebut adalah Everest, Aconcagua, Denali, Kilimanjaro, Elbrus, Vinson, dan Kosciuszko.
The Seven Summit adalah satu senarai pendakian ‘impian’ buat pendaki gunung professional dan penggemar aktiviti ini. Direkodkan, setakat 2021; secara rasmi hanya seramai 350 orang pendaki yang berjaya menawan ketujuh-tujuh gunung tersebut.
Senarai Tujuh Puncak Dunia pada asalnya dikemukakan oleh Dick Bass, seorang pendaki dari Amerika yang menyudahkan senarai lengkap pendakian ini pada April 1985. Senarai ini dikira sebagai senarai rasmi dan dinamakan The Bass List.
Tetapi, Reinhold Messner; pendaki yang terkenal sebagai pendaki solo pertama yang menawan Gunung Everest p**a mengeluarkan senarai berbeza. Beliau telah menggantikan Gunung Kosciuszko di Australia dengan Puncak Jaya (Carstensz Pyramid) di Indonesia. Puncak Jaya terletak di wilayah kep**auan Papua. Pemilihan ini menjadikan pemilihan puncak tertinggi di Benua Oceania itu sendiri lebih meluas dari sudut geografi kerana ia berada pada sub-benua Melanesia yang meliputi p**au-p**au lain dan tidak hanya tertumpu pada Australia semata-mata. Senarai yang dikeluarkan oleh Messner ini dinamakan The Messner List dan lebih menjadi pilihan para pendaki kerana Puncak Jaya dikatakan lebih mencabar berbanding Gunung Kosciuszko.
Berikut merupakan Tujuh Puncak Dunia mengikut senarai rasmi, The Bass List:
1. Gunung Everest
2. Gunung Aconcagua
3. Gunung Denali
4. Gunung Kilimanjaro
5. Gunung Elbrus
6. Gunung Vinson
7. Gunung Kosciuszko
*deskripsi penuh setiap gunung ada pada kapsyen gambar.
Sumber Rujukan: sevensummits.com / worldatlas.com
Gambar: Google.com
19/07/2021
Ini semasa raya haji tahun 2018. Aku dan teman kembara, Azmeer & Iggy sambut raya haji di sebuah perkampungan Muslim bernama Labunishta di Macedonia F.Y.R.O.M. (nama kini adalah Macedonia Utara).
Kami menyambut raya haji di sana setelah dijemput oleh Kak Bertha, warga Indonesia yang menetap di sana dan telah berkahwin dengan orang Labunishta. Seminggu juga kami menginap di rumah Kak Bertha.
Kak Bertha sangat happy dapat sambut raya haji dengan kami sebab kat sana, memang sangat susah nak jumpa orang Malaysia atau Indonesia. Jadi kebetulan kami pun waktu tu berbasikal dari Eropah menuju ke Timur dan melalui Macedonia, dia hubungi kami untuk beraya di rumahnya.
Sempat masak masakan nusantara dengan menggunakan dapur kayu. Bukan sebab tak ada dapur gas, tapi sebab kami masak sambal belacan. Suami kak Bertha orang Macedonia berdarah Muslim Albania, jadi bila bau belacan, dia kata bau macam bau stokin busuk. Jadi, kena masak kat luar rumah.
Lepas sembahyang raya, kami pergi korban lembu. Bayangkan 6 orang je yang tumbangkan lembu. Kalau ikutkan mereka cuma 3 orang je yang tumbangkan lembu, kami 3 orang ni buat2 sibuk je.
Sebab diorang tak buat secara gotong-royong. Tuan rumah ada lembu, panggil orang sembelih, lepastu lembu tu diangkut ke rumah/kilang sembelihan untuk dilapah, dipotong dan dagingnya diagih-agihkan. Yang agih-agihkan pun pekerja rumah sembelihan. Tuan rumah cuma tengok je masa sembelih, lepas tu serah pada pekerja sembelihan untuk uruskan.
Waktu di sana adalah musim panas. Epal pun tengah berbuah. Dapat petik buah epal fresh dari pokok.
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua!
Ikhlas dari Amir Arsad & team Manabro 🙏
George Town Suram di Hari Warisan.
Jika anda sering bercuti ke Pulau Pinang, anda pasti sedia maklum akan status bandaraya George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Penganugerahan sebagai bandar warisan dunia ini telah diterima pada tahun 2008; dan 7 haribulan Julai pada setiap tahun dipilih sebagai hari untuk merayakan anugerah ini.
Anugerah ini diberi oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) sebagai menghargai warisan, budaya, sejarah, cara hidup, dan senibina bandar ini yang dilestarikan dalam tempoh masa yang panjang sejak dahulu lagi. Selaras penganugerahan ini, satu badan tindak juga diwujudkan bagi tujuan mempromosi seni budaya selain menangani proses konservasi senibina lama dan tapak bersejarah.
Biasanya, sebuah perayaan dibuat bagi menyambut hari warisan pada setiap tahun. Namun begitu, ia telah dibatalkan pada 2 tahun terakhir ini akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Diharap wabak ini lekas hilang dan seterusnya mengembalikan sektor pelancongan dan industri-industri lain di Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Warisan Dunia George Town!
14/05/2021
TASIK TUZ
Tasik Tuz ataupun disebut sebagai Tuz Golu dalam Bahasa Turki merupakan tasik kedua terbesar di negara Turki dengan keluasan 1,665km2. Ia juga dinobatkan sebagai antara tasik ‘hypersaline’ (air masin) terbesar di dunia. Tasik ini terletak di kawasan Anatolia tengah.
Tuz Golu secara literalnya bermaksud Tasik Garam. Ini kerana pada musim panas, permukaan tasik yang mengandungi kandungan garam yang tinggi ini akan mengeras dan menghasilkan permukaan bergaram setebal 30cm. Oleh sebab ini jugalah, ia menjadi pusat penghasilan garam terbesar di Turki. Dikatakan tiga buah lombong garam yang terletak di sekitar kawasan ini menghasilkan hampir 63% produk garam harian yang digunakan di negara itu.
Ia juga menjadi kawasan tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong. Kawasan ini dibangunkan oleh pihak pentadbiran tempatan sebagai lokasi yang wajib dikunjungi pelancong luar sekaligus membantu ekonomi penduduk sekitar. Jika anda berpeluang ke sana, deretan kedai cenderamata dan produk berasaskan garam seperti sabun garam asli misalnya, boleh dijumpai dengan mudah. Jangan terkejut sekiranya peniaga-peniaga di sana boleh berbahasa Melayu dengan anda! Ini kerana ia adalah destinasi wajib pelancong dari Malaysia ke Turki; jadi mereka telah fasih berbahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi dan aktiviti jualan.
Apa aktiviti wajib sekiranya anda tiba di sini? Tentulah sesi fotografi! Ia pernah dinobatkan sebagai antara lokasi ‘The Most Instagrammable Place on Earth’ oleh sebuah blog antarabangsa. Dataran garam yang luas dan serba putih mewujudkan ilusi seperti bumi bercantum dengan langit: studio semulajadi untuk foto yang sempurna!
Mana bro? Tuz Golu.
Teks: Riz Zolkepli
Foto: Amir Arsad
̈lü
27/03/2021
⭐ RESTOCK ⭐
T-shirt Manabro Explorer Classic & Manabro Explore Malaysia Edition sudah ditambah stoknya di laman sesawang rasmi kami di www.manabro.my
Segera dapatkannya sebelum kehabisan stok.
Penghantaran percuma seluruh Malaysia sehingga 31/3/2021.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
George Town
10300