Zombie Bundle

Zombie Bundle

Share

Photos from Zombie Bundle's post 17/03/2026

Isu melibatkan Zambri Vinoth dan Arun Doraisamy kini bukan lagi sekadar kes individu, ini sudah menjadi ujian sebenar kepada kredibiliti sistem undang-undang negara.
Dalam kes Zambri Vinoth, tindakan beliau di media sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti agama telah menerima reaksi pantas , siasatan dibuka, tekanan awam meningkat, dan tindakan undang-undang dilihat tegas serta segera diambil di bawah peruntukan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Kanun Keseksaan yang melibatkan isu hasutan serta keharmonian awam.
Namun apabila melihat kes Arun Doraisamy, yang juga dikaitkan dengan tindakan menyentuh sensitiviti agama sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat, timbul persoalan besar: mengapa pendekatan yang diambil dilihat berbeza? Dari sudut kelajuan tindakan, ketegasan pendakwaan, hingga kepada naratif yang dibina, semuanya menimbulkan tanda tanya.
Dua individu. Satu bangsa. Kes melibatkan sensitiviti agama.
Tetapi mengapa hasilnya seolah-olah tidak sama?
Adakah undang-undang kita benar-benar “blind justice”, tidak melihat siapa, agama apa, atau latar belakang mana?
Atau hakikatnya, ada tangan-tangan tertentu yang menentukan bagaimana undang-undang itu digunakan?
Rakyat bukan buta. Rakyat menilai. Bila satu kes dilihat ditekan habis-habisan, manakala satu lagi seolah-olah dilayan dengan nada berbeza, maka lahirlah persepsi bahawa keadilan itu tidak lagi seimbang.
Lebih membimbangkan , jika undang-undang dilihat tidak konsisten, ia bukan sekadar mencalar imej pihak berkuasa, tetapi meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap seluruh sistem keadilan negara.
Undang-undang tidak boleh ada dua wajah.
Tidak boleh keras pada satu pihak, lembut pada pihak lain.
Tidak boleh berubah hanya kerana tekanan, sentimen, atau kepentingan tertentu.
Jadi persoalan paling besar yang perlu dijawab:
Siapa sebenarnya yang mengawal keadilan dalam negara ini?
Undang-undang berdiri atas prinsip, atau tunduk kepada tekanan?
Jika benar kita mahu keadilan, maka ukurannya hanya satu, adil untuk semua, tanpa pengecualian.

01/03/2026

Kalau benar kita ada 9 Sultan Melayu, seorang Yang di-Pertuan Agong dan majoriti menteri beragama Islam, tapi masih ada yang berani pijak Al-Quran dan kemudian berlindung di sebalik gelaran OKU — ini bukan isu politik, ini isu iman.
Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 32:
“Barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu daripada ketakwaan hati.”
Al-Quran bukan sekadar kitab, ia syiar terbesar umat Islam. Pijak Al-Quran bukan kebebasan bersuara, itu penghinaan terhadap kalam Allah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada dirinya sendiri…” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Jika Nabi kita kita cintai, bagaimana mungkin kitab yang Baginda bawa dipijak dan kita masih boleh diam?
Dan jika benar seseorang itu OKU, Islam tidak pernah menzalimi golongan lemah. Tetapi Islam juga tidak pernah menghalalkan penghinaan terhadap agama atas alasan simpati.
Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 58:
“Dan orang-orang yang menyakiti orang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
Teguran ini bukan untuk mengapi-apikan, tetapi untuk menyedarkan — maruah Islam bukan bahan eksperimen media sosial. Jika pemimpin Islam ramai, maka tindakan juga mesti tegas, bukan sekadar kenyataan.
Hormati undang-undang. Tegakkan keadilan.
Dan paling penting — jangan normalisasikan penghinaan terhadap agama atas alasan apa sekalipun.

15/10/2022

What is the only way not to feel bad..?
Is to stop feeling anything at all forever.

27/09/2022

Kerinduan

05/01/2022

Kembali mencuba melembutkan jemari & mengasah semula..

Want your business to be the top-listed Shop in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


George Town
11050