MAKSAK Pulau Pinang

MAKSAK Pulau Pinang

Share

Photos from MAKSAK Pulau Pinang's post 10/07/2026

KEJOHANAN PING PONG MAKSAK GAMES 2026 🏆

Kejohanan Ping Pong MAKSAK Games 2026 yang berlangsung di Putrajaya telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta urus setia Kontinjen MAKSAK Negeri Pulau Pinang atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Cik Eng Yuh Jing dari Hospital Seberang Jaya atas kejayaan muncul Johan Acara Perseorangan Wanita, sekali gus mengharumkan nama MAKSAK Negeri Pulau Pinang di pentas MAKSAK Games 2026.

Kepada seluruh atlet yang telah memberikan saingan terbaik, terima kasih atas usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Semoga segala pengalaman dan pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus mencipta kejayaan pada kejohanan yang akan datang.

💛💙

06/07/2026

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town! 🏛️✨

Hari ini kita bersama-sama meraikan pengiktirafan George Town sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO yang melambangkan kekayaan sejarah, warisan budaya, serta keharmonian masyarakat berbilang kaum yang menjadi kebanggaan Negeri Pulau Pinang.

Semoga warisan yang tidak ternilai ini terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang sebagai khazanah yang menyatukan komuniti serta menjadi inspirasi kepada pembangunan yang mampan.

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town.

"Memelihara Warisan, Menginspirasikan Masa Hadapan."

Ikhlas daripada:
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang

Photos from MAKSAK Pulau Pinang's post 03/07/2026

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA 💙💛

Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Ping Pong MAKSAK Pulau Pinang yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas berhempas pulas mengharungi saingan peringkat kumpulan.

Esok bakal menjadi medan untuk meneruskan perjuangan. Semoga seluruh atlet terus mengekalkan fokus, semangat juang yang tinggi dan mempamerkan aksi terbaik demi mengharumkan nama Pulau Pinang.

Ayuh Pulau Pinang! 💙💛

Photos from MAKSAK Pulau Pinang's post 19/06/2026

MAKSAK Games 2026 – Badminton | Hari Kedua

Saingan badminton MAKSAK Games 2026 diteruskan hari ini dengan beberapa wakil Pulau Pinang akan turun beraksi dalam acara perseorangan, beregu dan beregu campuran.

Semoga semua pemain diberikan kelancaran, kekuatan dan dapat mempamerkan aksi terbaik demi mengharumkan nama kontinjen Pulau Pinang.

Ayuh terus berikan sokongan kepada pasukan badminton Pulau Pinang sepanjang kejohanan berlangsung.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


KOMTAR
George Town
10503