DahDigital
13/05/2026
𝐌𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 𝐒𝐡𝐨𝐩!🛍️
Usahawan yang ingin mula menjual di TikTok Shop dijemput untuk menyertai TikTok Shop Accelerator Workshop dengan kerjasama Digital Penang.
📅 Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
📍 Lokasi: Digital Penang, George Town, Pulau Pinang
Dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada cara memulakan jualan di TikTok Shop, persediaan menjadi seller, serta teknik membuat siaran langsung dan menjual dengan lebih berkesan.
Penyertaan adalah percuma dan tempat adalah terhad.
Daftar sebelum 15 Mei 2026
Pautan pendaftaran: https://tinyurl.com/TTSACCELERATORWORKSHOP
12/05/2026
𝐉𝐨𝐦 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐬 #𝐃𝐚𝐡𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥: 𝐂𝐚𝐧𝐯𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢
Melalui sesi ini, peserta akan didedahkan kepada asas penggunaan Canva untuk menghasilkan rekaan digital yang lebih menarik, kemas dan berkesan. Selain kemahiran reka bentuk, sesi ini turut menekankan nilai integriti dalam penghasilan kandungan digital yang bertanggungjawab.
📅 Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: Dewan Kuliah Masjid Habib, Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Program ini dianjurkan di bawah inisiatif oleh Digital Penang dengan kerjasama Masjid Habib Daerah Timur Laut Pulau Pinang.
Penyertaan adalah percuma. Daftar sekarang melalui pautan berikut:
https://bit.ly/DahDigitalMay
20/04/2026
#𝗗𝗮𝗵𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 – 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗟𝗶𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹
Sekitar pelaksanaan kelas yang dijalankan bersama komuniti sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan tahap literasi digital masyarakat.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap kemahiran digital asas serta penggunaan teknologi secara selamat, bijak dan berkesan dalam kehidupan seharian. Melalui pendekatan pembelajaran yang praktikal dan mudah difahami, peserta dibimbing untuk membina keyakinan dalam mengadaptasi dunia digital masa kini.
Inisiatif ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan bertujuan memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus transformasi digital.
📌 Kelas adalah percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
📝 Pendaftaran dibuka:
https://bit.ly/DahDigitalApril
Sebarkan kepada rakan dan keluarga agar lebih ramai mendapat manfaat daripada program ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the school
Telephone
Website
Address
15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pulau Pinang
George Town
10300
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |