Aiishif Trading
16/02/2022
5 Tabiat BURUK Yang Sering Dilakukan Jutawan -aUntuk Berjaya!
Setiap kejayaan pasti ada resepi yang perlu dicampurduk sehingga menjadi sebuah menu kejayaan yang lazat.
Tak dinafikan memang setiap individu mempunyai tabiat atau aktiviti harian yang berbeza-beza.
Namun begitu setiap tabiat yang sering dilakukan dapat mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang individu.
Jika anda sering melakukan tabiat yang positif, anda pastinya bakal peroleh
“result” yang positif dan begitu juga jika sebaliknya.
5 tabiat yang kebiasaannya ramai jutawan lakukan dan boleh diambil contoh adalah:
1.Membaca
Membaca merupakan sebuah tabiat yang sangat baik kerana ianya dapat meningkatkan pengetahuan kita.
Semakin banyak pengetahuan yang kita dapat, semakin mudah untuk kita membentuk keperibadian yang baik.
2.Berguru
Sama seperti membaca, tujuan kita berguru adalah untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan.
3.Bersenam.
Fizikal yang cergas dapat meningkatkan kecerdasan minda.
Tidak dinafikan, badan yang sihat sangat penting bagi memperoleh hasil kerja yang baik.
Selain itu, bersenam adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk mengurangkan tekanan kerja dan perasaan.
4.Sentiasa membina rangkaian.
Apa pentingnya membina rangkaian? Untuk berkembang jauh, anda memerlukan bantuan sesetengah pihak.
Semakin banyak rangkaian atau kenalan anda, semakin besar potensi anda untuk memperoleh perkongsian nasihat dan pendapat serta bantuan dari pelbagai sisi.
5.Sentiasa menghargai.
penghargaan terhadap diri sendiri merupakan suatu perkara yang sangat penting.
Hal ini demikian kerana ianya penting bagi memperoleh motivasi diri untuk melonjak terus ke hadapan.
Tidak kira apa jua “result” yang diperoleh, beri diri anda peluang untuk memperoleh penghargaan setelah berpenat-lelah.
09/02/2022
MORNING SEMUA😎🔥
TRADING TIPS HARINI📝
✍🏻ENTRY CONFIRMATION
Ramai trader abaikan confirmation sebelum membuat entry atau masuk position dalam market.
Kebiasannya, trader akan tanda zon buy/sell dan apabila price sudah masuk ke dalam zon, trader akan terus entry tanpa ada confirmation. Ini antara punca ramai trader tidak konsisten.
Hari ni saya nak tunjuk contoh salah 1 confirmation entry.
1. Gunakan trendline. Tarik antara 2 waves yang jelas. Tarik trendline dari shadow to shadow candle
2. Tunggu price membuat breakout di trendline.
3. Tunggu price membuat retracement atau pullback ke area trendline.
4. Tunggu candle reversal signal atau candlestick pattern seperti bullish engulfing untuk menandakan signal untuk anda entry.
Semoga ilmu ni bermanfaat untuk anda dan boleh cuba apply di dalam trading.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
George Town
10200