Rayyan DMG Fighter

Rayyan DMG Fighter

Share

04/10/2025

4.10.2025 Update - Rayyan, anak ayah & ibu sayang..

Alhamdulillah Rayyan discaj hari ni. Rayyan dah mula alert sejak mlm semalam, walau sekejap2 shj. Dah mula nak mkn walaupun beberapa suapan nasi. Syukur..petanda yg Rayyan akan recover, InnshaAllah..

Soalan pertama Rayyan masa mula-mula buka mata:

β€œRayyan dah solat ke? Dah berapa banyak waktu Rayyan tinggal? Rayyan nak qada.”

Dengar soalan tu, ibu yang menemani Rayyan semalaman cuba tenangkan.
Rayyan pun akur, dan hanya solat Maghrib dulu. Lama sungguh Rayyan solat Maghrib malam tadi… nampak jelas ada raut sedih di wajahnya πŸ˜”

Pagi ini Rayyan tanya bila boleh discaj, as usual, Rayyan mmg mudah demotivate bila kena warded jadi Ibu cuba dapatkan pelepasan doktor untuk sambung monitor di rumah. Nampak Rayyan bersemangat siap habiskan nasi tomato waktu breakfast pagi tadi.

Sesampainya di rumah, Rayyan mtk ayah catat solat yg Rayyan perlu Qada, x b*k tapi ckup buatkan Rayyan bimbang. Dan maghrib tadi Rayyan ajak pergi surau. Belum sempat solat, Rayyan dah mula sakit kepala semula dan hanya solat di atas kerusi. Seusai solat, terus ayah bwa Rayyan balik ke rumah.

Rayyan masih perlu dipantau rapat, belum cukup stabil sepenuhnya, tapi semangat Rayyan tak pernah luntur. Kuat sungguh semangatmu syg, ayah ibu pun tak sekuat Rayyan πŸ˜”

Setiap kali ayah ibu pandang wajah Rayyan, ayah ibu belajar sesuatu yang baru tentang erti redha dan kekuatan. Dalam tubuh kecil itu, Allah titipkan semangat yang luar biasa besar. Walau tubuhnya lemah, jiwanya tak pernah menyerah.

Ayah dan ibu tahu, perjalanan ini belum selesai. Masih jauh, masih berliku. Tapi kalau ada satu perkara yang pasti β€” Rayyan tak pernah berhenti berjuang, dan kami juga tak akan berhenti berdoa.

Semoga setiap sakit yang Rayyan tanggung menjadi asbab untuk Allah limpahkan rahmat yang luas. Dan semoga satu hari nanti, bila Rayyan sihat sepenuhnya, kisah ini akan jadi saksi betapa kasih dan doa boleh mengubah segalanya.

Kerana setiap detik bersama Rayyan adalah anugerah,
dan setiap nafasnya β€” adalah keajaiban. πŸ’™

-
Because memory last forever 🩡

02/10/2025

Keadaan Rayyan petang tadi (2.10.2025). Mata~ πŸ˜”

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


George Town