Ar Rayyan Optometry - Paka

Ar Rayyan Optometry - Paka

Share

11/05/2026

Sek awok ada dohke hadiah untuk hari ibu? Kalau takdok lagi mehla singgah Ar Rayyan Paka pilih frame & bagi hadiah sempena hari ibu 😍

Selamat Hari Ibu🌸🫶🏻

06/05/2026

Ortho-K (orthokeratology) berfungsi dengan mengubah bentuk permukaan kornea (lapisan depan mata) secara sementara.

Lens khas yang dipakai waktu tidur ni direka untuk beri tekanan lembut dan terkawal pada kornea. Bila kornea berubah bentuk (jadi lebih “flat”), cahaya yang masuk ke dalam mata akan difokuskan tepat atas retina (bukan lagi jatuh di depan retina seperti dalam rabun jauh). Sebabtu bila bangun pagi, penglihatan jadi jelas walaupun tanpa spek.

Secara teknikal, lens Ortho-K akan redistribute sel epitelium kornea (lapisan paling luar kornea). Bahagian tengah kornea akan jadi sedikit nipis, manakala bahagian sekelilingnya akan jadi sedikit tebal. Perubahan mikro ni cukup untuk ubah cara cahaya dibiaskan masuk ke dalam mata. Yang penting, tiada pembedahan atau potong apa-apa dan hanya “reshape” secara lembut melalui tekanan air mata dan design lens tu sendiri.

Kesan ni bukan permanent, sebab kornea akan kembali ke bentuk asal kalau berhenti pakai. Sebab tu Ortho-K perlu dipakai setiap malam untuk maintain bentuk tersebut.

Selain bagi penglihatan jelas, kajian juga menunjukkan Ortho-K boleh bantu slow down peningkatan rabun, terutama pada kanak-kanak sebab ianya mengawal bagaimana cahaya difokuskan di bahagian tepi retina (peripheral defocus), yang berkait rapat dengan progres rabun yang selalu naik.

Berminat nak tahu lanjut mengenai Ortho-K boleh kunjungi cawangan Rayyan ya. Boleh buat pemeriksaan mata sekali secara percuma sahaja untuk tengok kesesuaian mata dengan rawatan Ortho-K ni..

Want your practice to be the top-listed Clinic in Dungun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


LOT 14152 Jalan BESAR PAKA
Dungun
23100

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 08:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 18:30
Sunday 08:30 - 18:30