Pantai Dungun

Pantai Dungun

Share

12/12/2022

Kerepek bayam brazil petik depan rumah 😄
Sedap buat kudap2..

-5 sudu tepung bestari original
-1 sudu tepung bestari pedas
-2 sudu tepung jagung
-2 sudu tepung beras
-1 sudu rempah kari
Gaul sebati bahan di atas

Cuci bersih daun bayam(ambil daun sahaja).
Taburkan campuran tepung diatas td sehingga sekata.
Goreng dalam minyak panas

*Sy x letak garam sebab tepung dah cukup masin
*Sy x guna telur sebab klu pakai telur kerepek berminyak sgt & kerangupan x kekal lama
*Gandakan bahan campuran tepung jika nk buat banyak

kredit: roslinda rosli

08/12/2022

RESEPI DAGING/AYAM MASAK UNGKEP JAWA

cara bonda mak mertuaku... Asminah parit lapis

BAHAN A
Bahan Kisar:

5 biji bwg kecik
3 biji bwg putih
5 tangkai cili kampung / cili api (nak pedas berasap sila tambah cili)
3 sdb ketumbar
2 sdb jintan manis
(Ketumbar, jintan blend jangan halus sangat)
1 inci halia
1 inci kunyit

Bahan Lain:
1 kg daging/ayam
Garam secukup rasa
1 sdb gula
1 cwn air
Minyak
2 btg serai (diketuk)
kuali

Cara buat:
Blender bahan A hingga lumat. (gaulkan dengan daging - biarkan sekejap (perap sekejap)

Panaskan minyak. Tumis serai yang diketuk tadi sampai agak layu
Tumis hingga naik bau. Masuk kan daging.
Tutup dan kecilkan sikit api. Kalau kering dan daging belum empuk sangat masukkan air sikit. perasakan garam gula.
Masak hingga kering. Siap dan MasyAllah sedap.

Enak dimakan dengan nasi atau lontong. ikut s**a.

Kredit: pic Norazlina Mohamad

07/12/2022

RESEPI MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE.

Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.

Bahan2nya:

1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap(warna asal Bkn mcm ni,kami s**a mkn kicap sb tu boh b*k2)

* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara2 Membuatnya.

Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.

Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.

Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu anda masukkan p**a ajinomoto, gula dan garam. ( s**atan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.

Kemudian anda masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan p**a tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.

Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.

Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.

Cdt: jessie ooi

Want your business to be the top-listed Finance Company in Dungun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Berhampiran Masjid An-Naim
Dungun
23000