IPN CPD

IPN CPD

Share

Photos from IPN CPD's post 15/05/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗔𝗡 (𝗝𝗘𝗣𝗣𝗔) 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲

Komitmen memperkasa profesion perakaunan sektor awam terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Program Profesional Akauntan (JEPPA) Bil. 1/2026 yang telah diadakan pada 14 Mei 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menetapkan hala tuju pembangunan profesional warga JANM melalui pembentangan dan perbincangan agenda strategik berkaitan Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan JANM serta Program Latihan Meningkatkan Kompetensi Skim Perkhidmatan Perakaunan.

Selaras dengan aspirasi memperkukuh kecemerlangan modal insan sektor awam, JEPPA terus memainkan peranan dalam memperkasa kompetensi, profesionalisme dan daya saing pegawai perakaunan agar sentiasa relevan dengan keperluan persekitaran kewangan dan tadbir urus masa kini.

Mesyuarat turut merakamkan ucapan selamat datang kepada ahli baharu JEPPA iaitu Puan Ruzinah binti Rukun, Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) dan Puan Norifah binti Nordin, Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA). Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh lagi sinergi serta menyumbang idea dan pandangan bernilai dalam memperkasakan agenda pembangunan profesional JANM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani, Pengarah Institut Perakaunan Negara dan semua Ahli Jawatankuasa serta urus setia IPNCPD atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.

29/04/2026

𝗖𝗔𝗟𝗟 𝗙𝗢𝗥 𝗣𝗔𝗣𝗘𝗥𝗦: 𝗜𝗣𝗡 𝗝𝗢𝗨𝗥𝗡𝗔𝗟 𝗢𝗙 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗔𝗥𝗖𝗛 𝗔𝗡𝗗 𝗣𝗥𝗔𝗖𝗧𝗜𝗖𝗘 𝗜𝗡 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗦𝗘𝗖𝗧𝗢𝗥 𝗔𝗖𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗗 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗚𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara (IPN) akan menerbitkan IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management Volume 16, No. 2, 2026 dan Volume 17, No.1, 2027.

Pihak IPN amat mengalu-alukan penyertaan dalam kalangan penjawat awam, penyelidik, ahli akademik dan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang perakaunan dan pengurusan sektor awam melalui sumbangan manuskrip bagi penerbitan jurnal edisi 2026/2027 ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengimbas Kod QR yang disertakan pada poster. Permohonan juga boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected].

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi urus setia seperti di bawah:

Anati Zawana binti Rahmat
03-83244406 | [email protected]

Nur Diyana binti Musa
03-83244407 | [email protected]

Want your business to be the top-listed Accountant in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara, Tingkat 1, Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30