HAFIS ISNON - Financial Consultant
18/01/2023
ANOTHER SUBMISSION ⏰
Rindu betul suasana meriah di office HQ setiap kali nak buat submission. Apabila jadi PKP, banyak yang terbatas.
Tak semua orang mengalami situasi yang sama setiap kali diumumkan berlakunya PKP. Mana yang tidak mengalami sebarang cabaran dan tekanan, mungkin tidak rasa apa.
Kalau nak ikutkan hati, memang rasa nak maki dengan segala apa yang tengah jadi sekarang. Pengurusan negara yang nampak lopong, politik yang tidak stabil, masyarakat yang degil dan asyik salahkan keadaan (sebahagian masyarakat) dan macam-macam lagi.
Sebenarnya memang rasa tertekan bila sektor bidang kerja kita tidak boleh dilakukan/dibenarkan apabila berlaku PKP. Semuanya tersangkut. Duit keluar macam air, tapi masuk macam angin.
Stress, putus asa, mati akal.
Saya doakan semua supaya dapat bertahan dan bersabar. Kita pasti akan keluar dari kemelut ini. Kita pasti akan kecapi rasa bahagia semula. In shaa Allah.
Apabila jadi pandemik sebegini, baru saya nampak pentingnya simpanan kewangan yang stabil. Dan di sinilah kita baru nampak bahawa perlunya kita jadikan "BUAT DUIT DENGAN DUIT".
Tapi bagaimana?
Dengan instrumen pelaburan yang betul. 💸💸💸💸
Financial Designer,
Hafis Isnon
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Rekascape
Cyberjaya
63000