Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya
22/03/2026
Penyampaian hadiah Program AMCE – AWFA Talent ✨
Menonjolkan bakat hebat pelajar dalam penulisan kaligrafi Cina dan kemahiran bercerita dalam Bahasa Mandarin.
Tahniah kepada semua peserta! Teruskan mengasah bakat dan berani mencuba perkara baharu 💪🌟
Setiap usaha adalah langkah menuju kejayaan!
20/03/2026
TOP 10 CABARAN MUTABAAH AMAL
Tahniah kepada semua pemenang mutabaah amal yang dapat mengumpul mutabaah amal tertinggi. Semoga amalan yang ditanda akan terus diamalkan walaupun selepas bulan Ramadan.
Senarai Pemenang:
PEMENANG MUTABAAH AMAL 2026
1. Izz Zharief (5H) : 221
2. Iman Soumaya (4A) :199
3. Ahmad Dayyan (6D) : 198
4. Hanan (4A) : 184
5. Adellea Nerrissa (5H) : 170
6. Arwa (1L) : 157
7. Ahmad Fateh (4A) : 150
8. A'iesyah (3D) : 148
9. Nur Falisha Adreena (3D) : 143
10. Wan Nurul Iman Azzahra (3D) : 140
10/03/2026
MAJLIS IFTAR JAMAIE SRI AWFA - MACMA 1447H
28/02/2026
Bagaimana puasa melahirkan TAQWA?
1️⃣ Muraqabah (rasa diawasi Allah)
Ketika berpuasa:
• tiada siapa nampak jika kita minum
• tetapi kita tetap menahan diri
👉 Ini melatih ikhlas & sedar Allah sentiasa melihat
Inilah inti Taqwa :
“Aku tidak buat dosa walau tiada manusia melihat.”
2️⃣ Kawalan nafsu (tazkiyah al-nafs)
Puasa melatih:
• tahan makan
• tahan syahwat
• tahan marah
• jaga lidah
Jika nafsu dapat dikawal selama Ramadhan,
👉 sepatutnya lebih mudah dikawal selepas Ramadhan.
3️⃣ Disiplin ketaatan total
Puasa unik kerana:
• mula ikut waktu (Subuh)
• berhenti ikut waktu (Maghrib)
• patuh walau perkara halal (makan/minum)
👉 Ia mendidik ketaatan mutlak kepada arahan Allah
Inilah sifat orang bertaqwa:
“Sami‘na wa ata‘na (kami dengar dan kami taat)”
4️⃣ Lahir empati & akhlak mulia
Bila lapar:
• kita faham derita fakir
• mudah bersedekah
• lembut hati
Taqwa bukan hanya hubungan dengan Allah,
tetapi juga hubungan baik sesama manusia.
5️⃣ Meninggalkan dosa, bukan sekadar makan
Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji, Allah tidak berhajat pada lapar dan dahaganya.”
👉 Ini bukti:
Taqwa = perubahan akhlak, bukan ritual fizikal.
Wallahu’alam
Catatan : Ustaz Shahrin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
4807-3A-20, CBD PERDANA, CBD 2, Persiaran Flora, Cyber 12
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |