Swipe

Swipe

Share

31/08/2023

Sejarah Kemerdekaan Malaysia: Momen Tunku Abdul Rahman dan Stadium Merdeka

Kisah kemerdekaan Malaysia tertulis dalam detik-detik unik yang mengukir perjalanan negara ini menuju kemerdekaan. Pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, memainkan peranan penting dalam mengumumkan kemerdekaan negara ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Stadium yang dibina khas untuk tujuan ini mampu menampung ramai hadirin.

Namun, yang lebih menarik adalah bahawa Tunku Abdul Rahman tidak membaca ucapan yang disediakan dari podiumpodium. Sebaliknya, beliau mengangkat tangan kanannya dan melaungkan "Merdeka!" tujuh kali. Momen ini tidak hanya menjadi lambang kesatuan tetapi juga semangat serta keinginan mendalam rakyat Malaysia untuk mencapai kemerdekaan.

Stadium Merdeka hingga hari ini tetap menjadi lambang ikonik kemerdekaan Malaysia. Setiap tahun, negara ini merayakan Hari Kemerdekaan di tempat bersejarah ini dengan upacara menaikkan bendera, perbarisan gagah, dan persembahan seni budaya yang memukau. Pengisytiharan kemerdekaan yang unik dan spontan ini mencerminkan semangat dan semangat rakyat Malaysia semasa saat bersejarah pada tahun 1957.

Namun, pada perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-66 ini, mari kita renungkan makna sebenar kemerdekaan. Kita merayakan tidak hanya kemerdekaan daripada penjajahan lama tetapi juga perjuangan untuk mencapai kemerdekaan daripada segala bentuk penindasan dalam era moden.

Malaysia telah diberkati dengan pelbagai rahmat, dan sebagai warga negara, kita semua berkongsi tanggungjawab untuk memastikan negara kita terus maju. Mari kita fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepada negara, bukan apa yang negara telah berikan kepada kita. Kita bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih cerah dan jaya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66! Mari kita bersama-sama membina negara yang lebih cemerlang dan gemilang. 🇲🇾💪

Photos from Swipe's post 07/08/2023

Investing in the right online payment processing is key to business success - discover the top 5 techniques for effortless success and boost customer satisfaction. 📈

1️⃣ First things first, make sure your website is mobile-friendly. With more and more customers using their smartphones to make purchases, having a mobile-responsive site is crucial. This allows you to capture customers on-the-go, providing a convenient and accessible payment experience.

2️⃣ Next, prioritize the security of customer information. Utilize a secure payment gateway that protects sensitive data. This builds trust and confidence, helping customers feel safe and secure when making online payments.

3️⃣ Offering multiple payment options is a must. Customers have diverse preferences, so it's important to cater to their needs. Credit cards, digital wallets, and even installment plans are just a few options to consider. By providing a range of choices, you increase the chances of completing successful transactions.

4️⃣ Simplify the checkout process to minimize cart abandonment. Lengthy and complicated forms can frustrate customers and discourage them from completing their purchase. Streamline the steps, remove unnecessary information, and offer guest checkout options. The easier it is for customers to pay, the more likely they are to follow through.

5️⃣ Lastly, leverage data analytics to optimize payment processing. By analyzing transaction data, you can identify areas for improvement, such as slow payment methods or high abandonment rates. Use these insights to make strategic changes and enhance the payment experience for your customers.

💪 Implementing these insider tips will not only streamline your online payment processing but also enhance customer satisfaction. Stay ahead of the game by keeping up with the latest trends, technologies, and consumer preferences. Together, let's achieve effortless success in the world of online payments! 💫💻💳

Photos from Swipe's post 20/06/2023

Apakah puasa, doa dan amalan yang anjurkan pada Bulan Zulhijjah?

Seperti dalam Bulan Rejab, Ramadhan dan Syawal, begitu jugalah dengan bulan Zulhijjah yang mempunyai amalan dan doa yang perlu dilakukan.

Antara amalan-amalan yang disunatkan adalah:

1.Digalakkan berpuasa sunat pada 10 hari pertama bulan zulhijjah.
Antara puasa sunat utama yang dianjurkan adalah Puasa Sunat Tarwiyyah (8 Zulhijjah) dan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)

2. Perbanyakkan bertasbhih, tahmid dan tahlil

3. Banyakkan Amalan sunat seperti solat, sedekah, infaq, baca Quran dan lain-lain

4. Perbanyakkan doa dan mohom Allah ampun segala dosa-dosa kita dan padamkan nama kita dari api neraka.

5. Menunaikan solat sunat Eidul Adha

6. Melakukan ibadah Korban

------------------------------------
Hadis Nabi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda:

Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.”

(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Zulhijjah ialah hari Allah mengampuni Nabi Adam. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan mengampuni segala dosanya.

Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis.

[Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]
Begitu juga puasa pada hari ‘Arafah adalah sunnah.

Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.

[Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]

Sama-sama kita perbaikkan dan tingkatkan amalan kita di 10 hari terawal di bulan Zulhijjah tahun ini.

Semoga Allah menerima semua amalan kita dan ampunkan dosa-dosa kita amenn.

22/04/2023

Tahukah anda sejarah di sebalik sambutan hari raya Aidilfitri ini?

Ianya adalah antara perayaan yang telah lama wujud sebelum kedatangan Islam di kota Mekah lagi.

Selepas kedatangan Islam perayaan ini mula digantikan dengan sambutan Eidulfitri yang disambut selepas umat Islam menunai ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Ibadah puasa di bulan Ramadhan mula ditunaikan sejak tahun ke-2 hijrah, dan sejak dari itu la 2 perayaan utama kaum Quraisy digantikan dengan sambutan Eidulfitri.

Antara amalan yang sunat untuk diamalkan di hari raya ini adalah seperti:

1️⃣ Menghidupkan malam raya dengan ibadah ✅
2️⃣ Mandi sunat hari raya ✅
3️⃣ Mengemas diri seperti potong kuku, cukur bulu & merapikan jambang ✅
4️⃣ Memperbanyakkan takbir ✅
5️⃣ Menggenakan pakaian yang terbaik atau baru ✅
6️⃣ Berwangi-wangian atau berhias ✅
7️⃣ Bersarapans sebelum solat sunat raya ✅
8️⃣ Menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri ✅

Semoga segala amalan kita ini mendapat keampunan dan keredhaan Allah s.w.t dan ia menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik dari sebelum ini Amen.

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


F2-08-01, Level 18, Tamarind Suites
Cyberjaya
63000