PSP Unit 4 Kuala Lumpur

PSP Unit 4 Kuala Lumpur

Share

Photos from PSP Unit 4 Kuala Lumpur's post 01/06/2026

𝑲𝑬𝑱𝑶𝑯𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑴𝑩𝑨𝑲 𝑰𝑷𝑺𝑪 𝑹𝑴𝑷 𝑶𝑷𝑬𝑵 𝑪𝑯𝑨𝑴𝑷𝑰𝑶𝑵𝑺𝑯𝑰𝑷 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝑳𝑬𝑽𝑬𝑳 𝑰𝑰𝑰

𝟏 𝐣𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐩𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah menyertai Kejohanan Tembak IPSC RMP Open Championship 2026 – Level III yang berlangsung di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Presint 20, Putrajaya.

Penyertaan dalam kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran menembak praktikal dalam kalangan pegawai dan anggota, di samping menguji serta menilai kecekapan pengendalian senjata api melalui pelbagai peringkat latihan dan pertandingan yang dianjurkan.

Kejohanan ini juga merupakan manifestasi komitmen berterusan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dalam memperkukuhkan aspek profesionalisme, kompetensi serta kesiapsiagaan pegawai dan anggota melalui latihan yang berterusan dan berstruktur.

Selain itu, penganjuran kejohanan ini diharap dapat menjadi platform terbaik untuk memperkasakan budaya latihan, meningkatkan tahap kecekapan taktikal, serta memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama strategik dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penyertaan pasukan dalam kejohanan ini mencerminkan usaha berterusan PDRM dalam melahirkan anggota yang berkemahiran tinggi, kompeten dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran penugasan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

27/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 1447𝐇

Buat seluruh warga Unit 4 PSP Kuala Lumpur,
semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan terus diperkukuhkan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Salam Aidiladha & Maaf Zahir Batin.

Daripada
SUPT. MOHD FAKIR BIN FAUZI

Want your organization to be the top-listed Government Service in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Cheras
43200