Tadika Sinar Inklusif
16/05/2024
Doa dengan bersungguh-sungguh.
16/05/2024
Sebarkan Ilmu Dengan Penulisan
=======
1. Menulis atau menyebarkan ilmu di ruang media sosial ialah jalan paling mudah untuk mendapatkan pahala yang tidak terputus. Lebih ramai orang mendapat manfaat daripadanya, lebih banyak pahala kebaikan buat kita. Pesan al-Imam Ibn al-Jauzi:
مَنْ أًحَبَّ الاَّ يَنْقَطِعَ عَمَلهُ بَعْدَ مَوْته فَلْيَنْشرْ العِلْم بِالتَّدْوِيْن وَالتّعْلِيْم
"Sesiapa yang inginkan agar pahala amalannya tidak terputus selepas kematiannya, maka hendaklah dia menyebarkan ilmu sama ada dengan penulisan mahu pun dengan pengajaran." (Kitab al-Tazkirah)
2. Al-Imam Ibn al-Jauzi (M597H) dikatakan menulis hampir dua ribu jilid penulisan. Kekuatan ilmu yang dikuasainya menyebabkan ribuan penganut agama lain memeluk Islam atas usaha ilmu dan dakwah beliau. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23)
3. Manakala al-Imam al-Khattabi p**a menganggap, penulisan ilmu ialah suatu kemuliaan buat dirinya. Kata al-Khattabi:
كتابي أعز شيء علي
"Kitabku (penulisanku) ialah sesuatu yang perkara yang paling mulia di sisiku."
4. Justeru, sebarkanlah ilmu buat masyarakat. Utamakan diskusi yang membina minda, jiwa dan perilaku pembaca. Mudah-mudahan dengan walaupun dengan usaha yang sedikit, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan mengampunkan dosa kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
16/05/2024
𝗖𝗜𝗥𝗜-𝗖𝗜𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗢𝗟𝗘𝗛𝗔𝗛
Sabda Nabi SAW :
أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
“Mahukah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki? Ianya adalah wanita yang solehah.
1️⃣ Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan,
2️⃣ apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat,
3️⃣ dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”
[ Hadith Riwayat Abu Daud (1664)]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
95 Jalan SUAKASIH 2/1, BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Cheras
43200