Perkep PSP Unit 4 KL
18/01/2026
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERKEP UNIT 4 PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN SESI 2026/2027
18 Januari 2026 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Unit 4 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib bertempat di Bilik Gerakan PSP Kuala Lumpur.
Majlis telah dirasmikan oleh YDH Supt. Mohd Fakir bin Fauzi, Pegawai Pemerintah Unit 4 PSP Kuala Lumpur bersama isteri beliau, Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman selaku Pengerusi PERKEP Unit 4 PSP Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini diadakan bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa PERKEP Unit 4 yang baharu bagi sesi 2026/2027 serta sebagai platform perbincangan hala tuju dan perancangan strategik PERKEP Unit 4.
Diharapkan mesyuarat ini dapat memperkukuh peranan PERKEP dalam melaksanakan program kebajikan, sosial dan kemasyarakatan demi kesejahteraan serta keharmonian keluarga warga PDRM.
29/12/2025
LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR ANJURAN PERKEP UNIT 4 PSP KL
24 Disember 2025 (Rabu) - Usai Sambutan Hari Ulangtahun PSP ke-70 yang diadakan di Markas PSP Kuala Lumpur, PERKEP Unit 4 selaku Biro Kebudayaan PSP Malaysia bagi tahun 2025 menganjurkan Lawatan PERKEP ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Lawatan dihadiri oleh YBhg. Puan Norfarasha bt Abdullah (Pengerusi PERKEP PSP Malaysia), YBhg. Puan Siti Nurulhuda bt Abu Seman (Pengerusi PERKEP Unit 4), Pengerusi-pengerusi PERKEP PSP di samping ahli PERKEP PSP. Sesi lawatan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai kraf-kraf yang dipamerkan di dalam Muzium Kraf oleh Puan Iman, wakil Kompleks Kraf KL.
Seterusnya beralih kepada aktiviti mewarna batik di mana kesemua peserta PERKEP mengambil bahagian dalam menunjukkan kemahiran mewarna masing-masing. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar. PERKEP Unit 4 mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang mengambil bahagian dalam lawatan yang dianjurkan ini. Semoga kita berjumpa di lain waktu!
30/11/2025
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
28 November 2025 — Program anjuran PERKEP Unit 4 dengan kerjasama Surau Ehsaniah PSP KL dan MyFundAction ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.
Sesi teori dan praktikal dikendalikan oleh Ustazah Che Maslinda binti Muhammad merangkumi proses memandikan, mengkafankan, solat jenazah dan pengurusan di tanah perkuburan.
Majlis turut dihadiri YBHG. Puan Norfarasha binti Abdullah, Pengerusi PERKEP PSP, serta YBHG. Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman, Pengerusi PERKEP Unit 4 sebagai tanda sokongan dan komitmen memperkukuh ilmu fardu kifayah.
Program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kesedaran peserta dalam melaksanakan amanah pengurusan jenazah dengan tertib dan penuh tanggungjawab.
21/08/2025
PROGRAM CHIT CHAT SANTAI PERKEP UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR
16 Ogos 2025 - Program Chit Chat Santai Perkep Unit 4 yang bertempat di bilik taklimat PSP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan suasana penuh mesra dan ceria, diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Puan Siti Nurulhuda Bt Abu Seman, Pengerusi Perkep Unit 4 PSP Kuala Lumpur, YBhg. Puan Ida Norhana Bt Mustapha, Naib Pengerusi Perkep Unit 4 PSP Kuala Lumpur, serta ahli-ahli Perkep Unit 4.
Matlamat program adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim, membuka ruang perkongsian idea serta mewujudkan suasana harmoni dan positif dalam kalangan warga Perkep Unit 4 PSP K.L.
Semoga program seperti ini terus menjadi wadah penyatuan, menguatkan ukhuwah dan memberi manfaat buat semua ahli di bawah naungan Perkep Unit 4 PSP Kuala Lumpur.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Markas Pasukan Simpanan Persekutuan
Cheras
43200