Taska Insan Genius

Taska Insan Genius

Share

12/03/2026

Anak umur 3-4 tahun asyik main gadget kat rumah? 📱❌

Adakah anda sedang mencari tempat belajar yang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil?

Jom bawa mereka ke Insan Genius Playschool (Markas PGA Cheras) untuk kelas FREE TRIAL! 🎨🧩

Kami menggunakan teknik Montessori yang fokus pada aktiviti hands-on yang sangat menyeronokkan.

Ibu ayah pun tak perlu risau sebab kami ada CCTV untuk pantau keselamatan anak-anak.

📣 PROMO PENDAFTARAN: Diskaun istimewa menanti untuk pendaftaran awal bulan ini sahaja!

Daftar slot Trial anak anda di sini:
👉 https://wa.me/60183717993

15/01/2026

🖍️ Tajuk Aktiviti: Kolaj Mulut 👄✨

🧠 Perkembangan Utama:
🗣️ Bahasa & Komunikasi
✋ Motor Halus
🎨 Kreativiti & Sensori

🎯 Objektif Pembelajaran:

✅ Kanak-kanak dapat mengenal anggota badan iaitu mulut

✅ Kanak-kanak dapat memahami fungsi mulut seperti bercakap, makan dan senyum

✅Kanak-kanak dapat menguatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti menampal bahan kolaj

✅Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan

✅ Kanak-kanak dapat mengekspresikan kreativiti menggunakan pelbagai bahan dan warna

💡 Nilai Tambah Aktiviti:

👍Aktiviti kolaj ini juga membantu kanak-kanak membina keyakinan berkomunikasi, merangsang perkembangan bahasa awal, serta melatih fokus dan kesabaran semasa menyiapkan tugasan.

06/01/2026

🧩 Aktiviti LEGO Matching 🧩

Hari ini anak-anak kami buat aktiviti LEGO matching bentuk & saiz menggunakan blok berwarna.

Aktiviti ini nampak simple, tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan awal anak.

Melalui LEGO matching, anak-anak belajar:

✅Mengenal bentuk & saiz
✅Meningkatkan fokus dan daya tumpuan
✅Melatih koordinasi mata & tangan
✅Membina kemahiran berfikir (problem solving)
✅Menguatkan motor halus untuk persediaan menulis
✅Yang paling penting, anak belajar dalam suasana seronok, hands-on dan tanpa tekanan ✨

Setiap aktiviti di Taska Insan Genius dirancang ikut tahap perkembangan usia anak, bukan sekadar bermain kosong.

Di sinilah dunia kecil mereka berkembang 💛
Taska Insan Genius – A Place They Call Their World

02/01/2026

🤍 FEEDBACK IBU BAPA – TASKA INSAN GENIUS 🤍

"Sebagai ibu bapa, keputusan menghantar anak ke taska bukan perkara mudah.
Ada rasa risau…
Ada rasa takut…
Ada persoalan dalam hati, “Adakah anak aku selamat? Dijaga dengan baik?”

Alhamdulillah, sejak anak kami dihantar ke Taska Insan Genius, semua rasa itu perlahan-lahan hilang.

Kami nampak anak kami semakin berdikari, lebih tenang, mudah ikut arahan dan berani mencuba perkara baru. Lebih dari itu, kami nampak anak kami disayangi.

Cikgu-cikgu di Taska Insan Genius bukan sekadar menjaga, tetapi mendidik dengan sabar dan memahami keperluan setiap anak.

Sebagai ibu bapa yang bekerja, ketenangan hati itu sangat mahal nilainya. Dan di sinilah kami rasa tenang...

kerana tahu anak kami berada di tempat yang selamat, penuh kasih dan perhatian.
Terima kasih Taska Insan Genius,
kerana menjaga amanah paling berharga dalam hidup kami 🤍"

🎉 PENDAFTARAN MASIH DIBUKA (KEKOSONGAN TERHAD)

Jika anda seorang ibu bapa yang:

✅Mencari tempat yang selamat & penuh kasih sayang

✅Mahu anak berkembang dengan baik & bahagia

✅Ingin rasa tenang tinggalkan anak setiap hari

📞 Hubungi Taska Insan Genius
✨ A Place They Call Their World
018-371 7993 - Pn.Puteri

30/12/2025

Tajuk : Caterpillar Number 🐛✨

Perkembangan Awal Matematik
dan Pemikiran Logik.

Objektif:

• 🔢 Kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut nombor dengan betul.

• 🧩 Kanak-kanak dapat memadankan nombor mengikut urutan.

• ✋ Kanak-kanak dapat melatih kemahiran motor halus melalui aktiviti mengepit nombor mengikut urutan.

• 👀 Kanak-kanak dapat meningkatkan tumpuan dan fokus semasa aktiviti dijalankan.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Blok G1, Markas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00