Nur Syazana Razuan

Nur Syazana Razuan

Share

24/03/2025

Saya ambil lesen unit trust pada tahun 2015.

Masa tu fikir,saya nak lantik diri sendiri jadi konsultan untuk simpan dalam unit amanah.

Dari tahun ke tahun,saya dapat menikmati banyak manfaat dengan jadi seorang konsultan.

Saya hanya menggunakan sijil SPM untuk ambil exam unit amanah.Exam ni penting untuk dapatkan lesen konsultan dari FIMM.

Walaupun masa tu saya di kelilingi dengan anak2 yang masih kecil,jarak usia beza setahun.Saya tetap ambil exam.

Semua urusan anak2 saya uruskan dengan bantuan suami juga.

Masa berlalu dengan pantas.Dah hampir 10 tahun,saya masih dalam kerjaya sebagai konsultan unit amanah.

Sesuai dengan jiwa saya yang nak ada masa dengan anak2.Lihat mereka membesar depan mata.

Saya nak ramai dapat manfaat bila menyimpan dalam unit amanah.Simpanan yang akan di gunakan masa pencen nanti.

Ambil peluang untuk simpan dan melabur untuk jangkamasa panjang guna cash dan epf.

19/02/2025

Kelebihan menyimpan dalam unit amanah,kita boleh set kan objektif :

H - Menunaikan haji
O - untuk hal2 penting (sakit/road tax/servis kereta)
R - pembelian rumah
S - persaraan
E - Education anak2

14/02/2025

Sekarang mudah simpan di unit amanah.Platform online.Boleh bina dana pencen,pendidikan,haji,travel.Penting untuk bermula

28/01/2025

Nak share real story untuk jadi pengajaran kat kawan2 semua.

Tanya khabar kawan sebab dah lama tak keep in touch.

Alhamdulillah kawan saya ni sihat.Cuma terkejut bila kawan saya ni kena scam.

Faham zaman sekarang ni,ramai orang nak ambil peluang untuk gandakan duit.

Silapnya dekat sini cara nak gandakan duit tu yang salah.Mudah percaya pada janji manis yang melambung tinggi.

Kawan saya ni terpengaruh dengan XY melalui FB.

XY yakinkan kawan saya untuk bank in kan RM7000,selepas itu akan terima RM16,000.

Ok kawan saya transfer RM7000 pada XY dan XY minta lagi RM17,000 untuk dapat RM300,000.

Masa ni baru kawan saya tersedar dah kena scam.Dia tak bank in RM17,000.

Kawan2 kat luar sana bila nak invest,check dulu investment ni selamat atau tidak.

Boleh double check dengan security commission badan authority di Malaysia.

Pelaburan patuh shariah tidak boleh menjanjikan pulangan yang pasti.Contoh macam ni bank in RM7,000 akan dapat dapat RM16,000.

Siapa yang tak tergoda akan dapat untung RM9,000 serta merta.

Kawan2 yang nak gandakan duit di tempat selamat dan patuh shariah,saya sarankan untuk simpan dalam unit amanah.

InsyaAllah bila kita konsisten simpan duit secara bulanan di unit amanah,InsyaAllah boleh capai jutawan tenang untuk jangkamasa panjang.

Saya buat submission borang-borang epf investment di branch.Bantu investor saya gandakan duit pencen

Want your business to be the top-listed Accountant in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Cheras
55100