Terup Wanita PSP

Terup Wanita PSP

Share

Photos from Terup Wanita PSP's post 25/04/2026

MAJLIS PERTUKARAN & PERPISAHAN ANGGOTA TERUP WANITA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN

Dalam suasana kemeriahan Pasca Syawal, telah berlangsungnya Majlis Pertukaran dan Perpisahan Anggota Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan yang diraikan dengan penuh rasa penghargaan dan ukhwah.

Seramai 8 orang anggota telah bertukar, manakala seorang lagi bakal bertukar, meninggalkan kenangan serta jasa yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat bersama terup ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan acara memotong kek dan pulut kuning bagi mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April dan Mei. Seterusnya, para tetamu menikmati jamuan makan dengan pelbagai juadah yang disediakan.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada Terup Wanita kepada semua anggota yang diraikan, sebagai simbol penghargaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Majlis turut diserikan dengan pemberian duit raya oleh ASP Jessica Jentia anak Bakit dan Insp Roziah binti Che Mustafa menambahkan lagi keceriaan dalam kalangan anggota dan keluarga yang hadir.

Sebagai kemuncak acara, suasana malam dimeriahkan dengan aktiviti bermain bunga api kanak-kanak serta pertunjukan bunga api, mencipta momen indah yang pasti akan dikenang.

Terima kasih juga diucapkan :
PSP Unit 4 Kuala Lumpur
PSP Unit 1 Kuala Lumpur
juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

18/02/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1447H

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia serta masyarakat Malaysia amnya.

Ramadan adalah bulan yang mendidik jiwa dengan disiplin, memperkukuh integriti serta menyuburkan nilai kesabaran dan keikhlasan dalam setiap amanah yang digalas. Tuntutan berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bahkan membentuk peribadi yang berakhlak tinggi serta bertakwa.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Sejarah juga mencatatkan bahawa bulan Ramadan merupakan bulan keteguhan prinsip dan kekuatan jiwa. Peristiwa Perang Badar membuktikan bahawa dengan iman, disiplin dan kesatuan, cabaran yang besar mampu dihadapi dengan penuh keyakinan. Manakala peristiwa Pembukaan Kota Mekah memperlihatkan kebijaksanaan kepimpinan serta keseimbangan antara ketegasan dan rahmah.

Nilai-nilai inilah yang sentiasa menjadi teras dalam perkhidmatan kepolisan — keberanian mempertahankan keamanan, ketegasan menegakkan undang-undang serta kebijaksanaan dalam melaksanakan kuasa yang diamanahkan.

Semoga Ramadan pada tahun ini memperteguhkan lagi komitmen setiap warga pasukan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme, integriti dan dedikasi. Semoga setiap pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan dikira sebagai ibadah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
..

With gratitude to Allah SWT, we extend our heartfelt wishes for a blessed Ramadan to all members of the Polis Diraja Malaysia and to Malaysians nationwide.

Ramadan is a month that nurtures discipline, strengthens integrity, and cultivates patience and sincerity in fulfilling entrusted responsibilities. The observance of fasting develops both physical endurance and spiritual resilience — qualities that align closely with the demands of professional policing duties.

As stated in the Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:183):

“O you who believe, fasting is prescribed upon you as it was prescribed upon those before you, that you may attain righteousness.”

The month of Ramadan also reflects historical lessons of principled leadership and steadfastness, as exemplified during the Battle of Badr and the Conquest of Mecca, demonstrating courage, unity, wisdom and mercy in leadership.

May this Ramadan further strengthen our collective commitment to serve with professionalism, integrity and unwavering dedication in safeguarding peace and public order.

Ramadan Kareem.

Ikhlas daripada :
ASP Jessica Jentia anak Bakit (Pegawai Penjaga Terup Wanita), INSP Roziah binti Che Mustafa (Penolong Pegawai Penjaga Terup Wanita) dan seluruh warga Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis DiRaja Malaysia.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Simpanan Persekutuan

Want your organization to be the top-listed Government Service in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Balau
Cheras
43200