Zan.Hf Auto Service

Zan.Hf Auto Service

Share

Photos 15/10/2016

Baca sampai habisss... 🚗🚙🚌☎👍🌈 rezan

MENGAPA GASKET SILINDER TERBAKAR BILA ENJIN PANAS.. ??

💨 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya. Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.

Jika terjadi overheating, meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu. Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri. Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima, jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).

Akibat daripada kepanasan tersebut keadaan seperti enjin berbunyi kuat, berbau hangit, asap berkepul dan enjin mati sendiri adalah keadaan akhir selepas overheating berlaku.

👇👇👇👇👇👇

KOMPONEN PENYEJUKAN ENJIN :

💨 Komponen-komponen yang berkaitan untuk mengawal suhu enjin supaya tidak mengalami kepanasan adalah seperti berikut :-

1)Radiator
2)Water pump
3)Water jacket
4)Kipas radiator
5)Thermostat
6)Enjin blok

Diantara 6 komponen tersebut hanya enjin blok yang berfungsi tetap dalam enjin untuk mengawal suhu sejuk untuk enjin beroperasi. Diatas blok enjin terdapat lubang-lubang kecil yang akan dilitupi dengan air untuk mengawal kesejukan dari dalam bila enjin dihidupkan.

Air yang berada pada lubang-lubang kecil tersebut akan berada kekal, sementara silinder gasket berfungsi menyekat air dan minyak hitam dari memasuki ruang pembakaran. Di sinilah fungsi sebenar gasket silinder yang bertujuan melemahkan kepanasan kepada tahap yang sesuai untuk enjin beroperasi. Akan tetapi bagaimanakah gasket silinder ini boleh terbakar sedangkan dilitupi oleh air pada dasarnya?

MENGAPA SILINDER GASKET TERBAKAR DAN ENJIN BERHENTI..??

💨 Pada satu ketika dimana enjin terlalu panas iaitu melebihi dari had maksima untuk enjin beroperasi silinder akan menjadi panas sedikit demi sedikit dan terus melekat pada blok dan seterusnya melimpahkan sedikit demi sedikit air ke ruang pembakaran. Bila ruang pembakaran dipenuhi air inilah yang akan menyebabkan kereta berhenti terus tanpa boleh dihidupkan.

LANGKAH-LANGKAH AWAL PERLU DILAKUKAN SEBELUM ENJIN JADI TERLALU PANAS..!!

1. Berhentikan kereta.
👇
2. Biarkan enjin sejuk kira2 satu jam.
👇
3. Buka penutup radiator setelah enjin sejuk (perlu berhati2).
👇
4. Isikan air semula dalam tangki radiator.
👇
5. Pastikan kipas berpusing setelah enjin panas semula.
👇
6. Jumpa mekanik jika enjin terlalu cepat jadi panas- (silinder gasket telah terbakar).

CARA KERJA PEMBAIKKAN BERDASARKAN KEROSAKAN.

1. "Servis radiator" - jika enjin panas ketika berhenti sahaja.

2. "Tukar thermostat" - jika kipas radiator tidak berpusing dan enjin panas sekejap2.

3. "Tukar hose bocor" - jika terdapat mana2 kebocoran air.

4. "Tukar head gasket sahaja" - jika panas yang kadangkala terjadi sahaja.

5. "Tukar motor kipas radiator" - jika panas berterusan dan kipas berhenti berpusing.

6. "Tukar water pump" - jika air pada water jaket susut selalu.

7. "Top Overhaul" adalah cara kerja penuh untuk semua di atas.

PENGAWALAN AWAL SUPAYA TIDAK TERJADI OVERHEATING....

1. Pastikan coolant/air mencukupi dalam tangki radiator dan tangki spare, pastikan air didalam radiator tidak berkarat atau kotor.

2. Flushing radiator atau tukar air radiator setiap kali servis.

3. Pastikan tiada hose air yang bocor.

4. Pastikan kipas radiator berfungsi.

5.Tukar water pump jika air dalam water jacket susut.

6. Picit hose di thermostat berulang kali supaya thermostat tidak melekat dengan coolant sahaja.

7. Sembur air pada sirip radiator untuk hilangkan habuk , daun atau batu kecil yang terselit pada sirip radiator.

8. Parking kereta pada tempat berbumbung jika ada.

9. Semasa mengisi semula air radiator hidupkan enjin seketika supaya air dapat memenuhi semua ruang.

10.Gunakan coolant yang disarankan sahaja.

/s= Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menambah pengetahuan dan menjadikan anda lebih peka mengambil langkah awal dan menghalang kerosakan menjadi lebih teruk.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Telok Ayer Tawar
Butterworth
13050

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00