HPA RADIX Melaka

HPA RADIX Melaka

Share

06/11/2022

Khasiat Kunyit Hitam :
1.Antioksidan
Khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai bahan antioksidan yang dapat menghalang kerosakan sel dalam badan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berlebihan daripada persekitaran. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor seperti asap rokok, pencemaran udara, paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis

2.Kesan Anti-radang
Kunyit hitam tinggi dengan bahan anti-radang. Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain.

Contohnya pesakit gout yang tinggi asid urik dalam badan akan mengalami radang yang tinggi apabila terbentuknya kristal urik hingga mencucuk daging pesakit. Keadaan ini sangat menyeksakan jika tiada rawatan mengawal radang.

Bahan anti-radang kunyit hitam ini akan membantu merawat punca dan tidak hanya menghilangkan sakit yang sementara saja. Sebaliknya ia akan meneutralkan radang/bengkak di bahagian yang sakit tadi.

3.Melancarkan peredaran darah
satu kajian telah menunjukkan bahawa kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat bermaksud saluran darah yang anjal iaitu mampu untuk mengembang dan kembali ke bentuk asal berdasarkan aliran darah. Kunyit hitam mampu meningkatkan nitrik oksida iaitu molekul yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan menjadi lancar dan mengelakkan saluran darah daripada tersumbat.
Bila saluran darah sihat, keadaan inilah yang memberi kesan besar terhadap tahap kesihatan yang mana badan akan dapat berfungsi di tahap optimal seterusnya meningkatkan fokus, tenaga meningkat, imunisasi badan meningkat untuk melawan penyakit.

4.Melancarkan Haid
Kunyit hitam mengandungi bahan semulajadi untuk melancarkan haid. Kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna-warna darah haid yang tidak normal dan masalah sindrom pra-haid seperti perut kembung.

Kunyit Hitam Black G Mardi
KUNYIT HITAM
1001 RAHSIA KEBAIKAN KUNYIT HITAM YANG TELAH TERBUKTI MELALUI PENYELIDIKAN SAINTIFIK MAMPU MENJADI PENAWAR KEPADA PELBAGAI MASAALAH KESIHATAN
​Penemuan Kajian Saintifik
Picture
Kunyit Hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.
Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, saraf dan membina otot.
Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pas**an penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut
Pas**an Penyelidik MARDI
Picture
“kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yg unik iaitu bioaktif methoxyflavon yg sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit”
– Dr. Zuraida Ab Rahman
Khasiat kunyit hitam
1.Antioksidan
Khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai bahan antioksidan yang dapat menghalang kerosakan sel dalam badan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berlebihan daripada persekitaran. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor seperti asap rokok, pencemaran udara, paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis

2.Kesan Anti-radang
Kunyit hitam tinggi dengan bahan anti-radang. Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain.

Contohnya pesakit gout yang tinggi asid urik dalam badan akan mengalami radang yang tinggi apabila terbentuknya kristal urik hingga mencucuk daging pesakit. Keadaan ini sangat menyeksakan jika tiada rawatan mengawal radang.

Bahan anti-radang kunyit hitam ini akan membantu merawat punca dan tidak hanya menghilangkan sakit yang sementara saja. Sebaliknya ia akan meneutralkan radang/bengkak di bahagian yang sakit tadi.

3.Melancarkan peredaran darah

satu kajian telah menunjukkan bahawa kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat bermaksud saluran darah yang anjal iaitu mampu untuk mengembang dan kembali ke bentuk asal berdasarkan aliran darah. Kunyit hitam mampu meningkatkan nitrik oksida iaitu molekul yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan menjadi lancar dan mengelakkan saluran darah daripada tersumbat.
Bila saluran darah sihat, keadaan inilah yang memberi kesan besar terhadap tahap kesihatan yang mana badan akan dapat berfungsi di tahap optimal seterusnya meningkatkan fokus, tenaga meningkat, imunisasi badan meningkat untuk melawan penyakit.

4.Melancarkan Haid
Kunyit hitam mengandungi bahan semulajadi untuk melancarkan haid. Kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna-warna darah haid yang tidak normal dan masalah sindrom pra-haid seperti perut kembung.
Perubatan tradisional telah menggunakan kunyit hitam untuk melancarkan haid. Kunyit hitam akan dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam periuk mengandungi air. Setelah air mendidih, air tersebut perlu diminum dan amalan ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

5.Meningkatkan mood
Kunyit hitam dapat meningkatkan tahap dopamin supaya dapat membangkitkan perasaan yang ceria. Dopamin adalah hormon pengendali emosi yang dirembeskan semasa pengalaman positif seseorang. Tahap dopamin yang meningkat dapat memberikan perasaan bahagia dan gembira terhadap seseorang.
Oleh itu, herba kunyit hitam sangat bagus untuk melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang melampau (anxiety). Kunyit hitam juga mampu membantu untuk mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak.

Satu kajian yang dijalankan terhadap rizom kunyit hitam menunjukkan bahawa komponen di dalam tumbuhan ini mampu melindungi fungsi otak daripada sebarang gangguan.

24/10/2022

💙💚
BAHAGIA CARA KITA

1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama

2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari

3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas

4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia

5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy

6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat

7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah

8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak s**a, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh

9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita

10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa

11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi

12. Penting sebenarnya jaga kesihatan mental sendiri zaman serba mencabar ni! Sebenarnya kalau kita dah tersinggung dengan kata-kata orang, tengok muka pun tak tegur, malas rasanya.

Ia bukan benci tetapi ia sudah menyentuh hati. Orang yang pernah merendahkan kita, biarkan mereka..... Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih.

Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri. Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah..
Dinilai tidak baik, terpulang kepada mereka. Setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri ".

Sama ada mereka memberi kita kebahagiaan atau memberi kesakitan. Memaksa diri kita untuk dis**ai oleh semua orang sangat memenatkan. Oleh itu, jadilah diri sendiri walaupun anda tidak dis**ai ramai, Jauhi orang yang mengecewakan kita. Berhenti cuba untuk menggembirakan orang yang tidak pernah menghargai kita.
Semakin kita jauhi mereka yang meracuni jiwa, Kita akan hidup jauh lebih sihat. Ketenangan dengan hati Mengharungi hari demi hari Penuh dengan kebahagiaan Dengan cara kita sendiri Kebahagiaan adalah apa yang kita ciptakan. Jaga kesihatan mental kita!

Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!

Kredit: Cikgu Zahran

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bukit Rambai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Bukit Rambai