Sue Takaful
16/09/2025
27/04/2025
Ada orang up WhatsApp Status bukan sekadar suka-suka.
Ada yang sebenarnya sedang minta didengari,
Ada yang sedang meluah apa yang tak mampu diucap,
Ada juga yang cuma mahu seseorang tahu… dia tak kuat.
Kita mungkin hanya ‘view’,
tapi untuk dia, itu mungkin satu-satunya ruang untuk melepaskan semua yang terbeban.
Kalau ada sahabat, keluarga, kenalan yang tiba-tiba up status,
tanyalah perlahan, tanpa mendesak,
“Awak okay ke?”
“Sihat ke?”
Kadang, satu soalan kecil… boleh selamatkan jiwa yang hampir tenggelam.
Kita semua saling memerlukan. Hargai. Dengar. Temani.
20/04/2025
Apabila seseorang diserang anxiety atau panic attack, kita sering dinasihatkan untuk tarik nafas panjang dan dalam.
Tapi realitinya…
bernafas adalah perkara paling sukar waktu itu.
Setiap hela nafas terasa berat, dada rasa sempit, dan tubuh mula panik.
Perasaannya?
Rasa seperti ikan yang lemas dalam air.
Tercungap-cungap, mencari udara…
Tapi tidak pernah cukup.
Jadi, ini 5 langkah kecil yang boleh bantu waktu itu:
1. Tutup mata, letak tangan di dada
Rasakan rentak jantung. Ingatkan diri, “Aku selamat.”
2. Guna teknik 4-7-8
Tarik nafas 4 saat, tahan 7 saat, hembus perlahan 8 saat.
3. Tumpu pada 5 benda di sekeliling
Lihat, sentuh, bau, dengar ,bawa minda kembali ke ‘sekarang’.
4. Bercakap perlahan pada diri
“Ini cuma serangan. Ia akan berlalu. Aku pernah hadapi ini.”
5. Kalau perlu, pegang ais atau cuci muka
Suhu sejuk boleh bantu alihkan fokus tubuh daripada panik.
Jika anda pernah rasa begini, ketahuilah anda tidak keseorangan. Apa yang paling penting, dengar tubuh anda dan beri ruang untuk tenang, perlahan-lahan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bukit Mertajam