Bicara Labur

Bicara Labur

Share

Photos from Bicara Labur's post 19/04/2021

Anda sedang melabur dalam Platform Pelaburan yang mana?

Bank Akaun biasa?
Fixed Deposit di Bank? - Lock selama 6 bulan ke atas
Money Market?
Bond atau Warrant?
REIT, Real Estate Investment Trustee seperti AHB, Amanah Hartanah Berhad?
Hartanah atau Real Estate? Sewaan atau Flip jual balik selepas beberapa tahun.
Melabur dalam kategori Dividen shares seperti ASB, Tabung Haji atau Koperasi?
Unit Amanah atau Unit Trust?
Forex atau tukaran matawang? - Maaf ada isu patuh syariah bagi platform ini.
atau
anda sudah mula melabur sendiri dalam pasaran Saham?

Tahukah anda dengan melabur di Unit Trust, sebenarnya anda sudah melabur hampir kesemua platform dalam gambar ini.
Rujuk gambar kedua.

Menarik kan?
xperlu susah payah.
Konsultan, pengurus dana dan team teknikal mahir yang uruskan untuk anda.
Management Fees pun rendah. 1.5% dari jumlah yang terkumpul satu negara bukan caj atas tiap individu.
Pengeluaran atau penukaran pun cuma di caj sebanyak RM25 shj.

Jimat masa, jimat tenaga.
Biarkan wang bekerja untuk anda.

PM sahaja konsultan kami disini utk maklumat lanjut.

17/04/2021

Malam ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.

Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.

"Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?"

Ambil buku dan kertas buat catatan.

1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.

2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.

3. Suami ada masuk khairat kematian dipejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?

4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.

5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.

6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.

7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?

8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?

9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.

10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?

Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.

11. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?

12. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?

"Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer".

Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia 'mata duitan'.

Benda belum jadi, kita semua kata.

"Alah itu orang bukan aku".

Maka kita tak kisah bila akan berlaku.

Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.

Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.

Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri didahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.

Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.

Cinta mencapai puncak keindahannya ketika seseorang merasakan ketulusan, sekalipun cinta ini hanya tergantung pada satu orang, iaitu suami atau isteri.

Bermulalah sekarang.

17/04/2021

Bila kau lantik isteri kau sebagai penama KWSP, Tabung Haji, ASB, personal loan, rumah... pastikan kau juga kena sediakan duit untuk dia urus proses tuntutan.

Sebab apa? Untuk urus harta pusaka perlukan Wang, masa & komitmen.

Sini aku kongsi Fi urus pusaka;

📌Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil

✔️Bagi RM1,000 pertama - RM10
✔️Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30
✔️Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka

📌Fi Khidmat Amanah Raya Berhad

✔️Bagi RM25,000.00 pertama - 5%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%
✔️Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%
✔️Bagi baki seterusnya - 1%

📌Fi Khidmat ASCO Shariah

✔️Sijil Faraid - RM5000
✔️Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir – RM5000
✔️Perintah Pembahagian/Perintah Peletakhakkan/✔️Perintah Jualan Dari Mahkamah Tinggi: RM6000
✔️Pentadbiran dan Agihan Pusaka – RM3000
✔️0.2% dari nilai Harta Pusaka

Bertuah jika si isteri punyai suami yang celik harta pusaka dan hibah takaful.

Tujuannya adalah nak mudahkan urusan ahli waris dalam buat tuntutan harta pusaka nanti.

Buatkan satu pelan hibah takaful dan namakan atas isteri kau siap-siap.

Dengan wang pampasan itu, dia akan gunakan untuk bayar kos-kos tuntutan harta pusaka sehingga selesai diagihkan kepada ahli faraid yang layak.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? PM sahaja konsultan kami di sini untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan takaful..

Photos from Bicara Labur's post 16/04/2021

Walaupun setiap pelaburan mempunyai ciri-ciri dan risiko masing-masing, objektif utama semua bentuk pelaburan adalah sama; berusaha memberikan potensi p**angan yang optimum kepada setiap pelaburnya.

PMB Investment menawarkan peluang pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Antara kelebihan pop**ar berkaitan dana unit amanah ialah modal permulaannya yang rendah serta mudah dicairkan(tebus bila perlu).

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? PM sahaja konsultan kami di sini untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dana-dana unit amanah yang kami tawarkan.

Nota: Awas dengan SCAM yang gunakan nama PMB Investment. Tiada Pakej Client sedemikian rupa.

Want your business to be the top-listed Accountant in Bukit Baru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Melaka
Bukit Baru