Ftech Enterprise
Harini staff intern rajin p**a buat video p**ak. Kita post tanda appreciate 😆. Moga terbukak hati diorang nk buat banyak2 lg video menarik.
Internal cleaning printer L210
26/02/2026
Bagi kami, setiap pelanggan itu permata. Puan Rosniza p**a adalah intan yang tak luput kilauannya. Beliau telah setia bersama kami sejak 2018 lagi, kepercayaan yang terjalin menjadi benang kukuh.
Hari ini, Puan Rosniza datang dengan masalah pada pencetak Epson L210 beliau. Pencetak ini digunakan turun-temurun oleh anak-anak beliau yang menyambung pelajaran ke universiti.
Saya difaham, setiap kali cuti semester, pencetak ini terbiar dan menyebabkan muncung printhead tersumbat akibat dakwat kering. Kali ini, kami melakukan "flushing" menggunakan cecair pembersih kimia.
Alhamdulillah, hasil cetakan selepas proses "flushing" kami tunjukkan kepada Puan Rosniza dan beliau berpuas hati. Ada sedikit sahaja dua tiga titik yang tidak keluar, tetapi ini boleh diatasi dengan mencetak dalam mode "high quality"
Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik agar setiap senyuman terpancar dari hati yang tulus. Terima kasih, Puan Rosniza.
P/s: workaholic btl bos kami dulu2. 11.48pm dok wassap update customer lagi 😄
23/02/2026
Alhamdulillah… dah 18 tahun dah kamu.
Kalau manusia dah boleh:
✔ Mengundi
✔ Ambil lesen
✔ Masuk universiti
Tapi kamu…
Nak buka Google pun berfikir dulu. Loading dia bukan biasa-biasa. Dia loading macam tengah flashback balik kehidupan lalu 😆
Klik satu benda… keluar pergi jalan Bazar dulu. Dah balik bazar… baru siap. Itu pun kalau siap. Kalau xsiap juga pergi la keluar ke Bazar lagi sekali haha.
Di Ftech Enterprise, laptop lama mana pun kita tetap layan. Kita tengok dulu, kalau boleh repair, kita repair. Kalau xbaloi repair kita bgtau xbaloi repair.
Tp kalau keluar ayat "sentimental value" mmg kami surrender nk suruh customer move on. Apa yg kami boleh buat ialah Cuba yg terbaik utk bagi panjang lagi jangka hayat laptop tersebut 😁
Selamat berbuka semua
14/02/2026
PC ni tahun 2014 dah 😅. Haritu baru tukar SSD, kali ni motherboard p**a rosak. Kita dah advise suruh move on je sebab kira-kira memang macam tak berbaloi sangat dah nak repair. Better invest untuk beli mobo, proc dan ram baru. SSD kita boleh carry forward.
Tapi tuan dia tetap nak repair, katanya dia sayang sangat. Jatuh bangun dia dengan pc ni. Buat assignment, cari rezeki, simpan macam-macam kenangan dalam tu. (Padahal boleh je copy data bawa keluar masuk CPU baru) 😅
Makanya misi mencari board socket 1155 kita mulakan. Cari dgn supplier dan ada satu supplier ni bagi harga rm120 siap warranty 1 minggu (old stock siap kotak). Nego punya nego dapat la warranty 1 bulan. ok la tu. bukan apa. kalau 1 minggu tu kejap sgt.
Upah cabut board lama dan pasang board baru +rm60 menjadikan total rm180. Customer setuju untuk proceed. Alhamdulillah selesai tukar board dan CPU running dengan baik waktu test run.
Tgk muka customer happy pun kita dah puas hati sebab meniaga ni bukan la sebab untung sangat tp dapat bantu org selesai masalah tu yg paling penting. Kira win2 situation la kan? Haha. Ok bye.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 3 Jalan PP8
Bota
32610
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |