LIGA PLM

LIGA PLM

Share

Photos from LIGA PLM's post 10/09/2024

IZZAT BAKAL TINGGALKAN BERTAM

Bukit Mertajam (07/09/2024): Penjaga gol tumpuan Malaya, Izzat Mat Suki meneruskan aksinya pada perlawanan menentang KBH2U pada hari Sabtu. Izzat yang sebelum ini bermain sepenuh masa bersama pasukan G-13 kini menjadi penjaga gol pilihan pasukan-pasukan lain kerana aksinya yang lincah ibarat Robert Sanchez.

Namun pada hari Sabtu, prestasi beliau dilihat kurang memberansangkan kerana tidak berjaya menampan tiga rembatan yang menyebabkan KBH2U berjaya merampas kedudukan hadapan di saat-saat akhir. Pihak wartawan kami telah menjalankan siasatan yang komprehensif dan progresif mengapa perkara ini boleh berlaku.

Hasil siasatan mendapati Izzat bakal meninggalkan Bertam kerana beliau kini memiliki rumah baharu. Ketika ditemui wartawan kami, beliau memaklumkan bahawa beliau kini serabut memikirkan proses pindah barang ke rumah baharu. Hal ini berkemungkinan besar telah menjejaskan fokus beliau di dalam padang. Di harapkan sahabat-sahabat berdekatan dapat membantu beliau berpindah agar beliau dapat lebih fokus menampan bola pada perlawanan seterusnya.

Photos from LIGA PLM's post 10/09/2024

IKHWAN JANJI TIDAK AKAN GOSOK LAGI

Permatang Rawa (07/09/2024): Pengurus dan penjaga gol Kelab Belia Haluan Taman Sungai Dua Utama (KBH2U), Ahmad Ikhwan Rosli berikrar tidak akan gosok lagi selepas ini. Ikrar ini dilafazkan dengan ikhlas selepas KBH2U berjaya membenam MATRI G-12 dalam aksi dramatik di Stadium Permatang Rawa pada Sabtu lalu.

Ikrar ini pada mulanya menjadi tanda tanya apabila beliau mengeluarkan kenyataan "Aku janji ni gambar last aku g***k" di laman rasmi media sosialnya. Bagi menyelesaikan persoalan teka silang kata ini, wartawan kami telah menghubungi seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka yang enggan namanya didedahkan. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa terma "g***k" ini sebenarnya adalah dari perkataan "gosok" yang dirahsiakan tiga huruf di tengah perkataan. Dari sudut istilah, gosok adalah amalan penjaga gol menggosok bola sambil membaca ayat-ayat jampi. Ternyata amalan gosok ini berkesan kerana Ikhwan berjaya menampan banyak percubaan dari Ahmad Kamil dan Wan Abdul Azim.

Dalam tazkirah ringkasnya selepas perlawanan, Ahmad Ikhwan telah menyindir pasukan G-12 yang berjaya dikalahkannya dan menyatakan bahawa KBH2U terbuka untuk pertarungan semula jika G-12 mahukan revenge. Namun tinjauan wartawan kami mendapati warga G-12 tidak termakan dengan provokasi ini kerana mereka bermain ikhlas kerana Allah SWT dan bagi mengeratkan ukhuwwah.

Photos from LIGA PLM's post 09/09/2024

PENG HAMPIR HATRIK DI PERMATANG RAWA

Bukit Mertajam (07/09/2024): Pemain prolifik MATRI G-12 FC, Pangeran Muhammad Adil hampir-hampir menjaringkan 3 gol dalam perlawanan menentang KBH2U di Stadium Permatang Rawa, Bukit Mertajam pada Sabtu lalu.

Walaupun mempunyai lebih dari 10 peluang untuk menjaringkan gol, peluang ini tidak berjaya diterjemahkan menjadi mata perlawanan bagi G-12. Ketika ditemui di perkarangan stadium, Peng yang sedang menikmati minuman Haus Boom perisa oren memberitahu wartawan bahawa komitmennya kepada pasukan menyebabkan dia lebih selesa memberi pemain lain untuk menjaringkan gol. Menurut catatan pengadil, gol pertama G-12 oleh Ahmad Kamil merupakan hasil hantaran cantik Peng dari tengah padang. Selain itu, kesukaran untuk menjaringkan gol adalah kerana terdapat provokasi dari luar padang terutamanya dari penyokong bernama Pit Lai (bukan nama sebenar).

Peng berharap, perlawanan akan datang akan menjadi batu loncatan buat dirinya untuk terus beraksi cemerlang agar dapat terpilih ke dalam skuad olimpik Hannah Yeoh bagi tahun 2028.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Beseri?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Perkampungan Tunjong
Beseri
02400