Rumah Makan Riverside Janda Baik
24/02/2026
BAZAAR RAMADAN SRI GOMBAK !
Bismillahirrahmanirrahim, harini merupakan hari pertama kami akan meniaga di Bazar Ramadan Sri Gombak, Selangor. Orang dah meniaga 5-6 hari, kita baru nak meniaga harini. Maaf kan kami kerana lambat, tapi harini kita kambek kaw kaw untuk orang Kolumpo !
HARGA SPECIAL FIRST DAY SAHAJA !
1 KETUL = RM16
2 KETUL = RM20
Harga ni dapat sekali je setahun tuan puan. Jadi kita akan bawak limited 200 ketul sahaja untuk harini. Nak call dulu boleh, nak wasap dulu pon boleh takde masalah. Jauh ? Nak lalamove pon boleh 😘 Syarat dia, janji beli dan pikap harini. Tak boleh beli harini, pikap esok tau tau tauu
Call / Whatsapp : 014-292 2693
Jumpa demeh semua petang ni Jam 4.00pm sampaii habisss camtu insyaAllah 😘
From Janda Baik With Love
-Mat Karïm-
19/12/2025
JANGAN DATANG KEDAI KAMI ! (Minggu ni je)
Bismillahirrahmanirrahim. Salam Jumaat penghulu segala hari ! Kami dari pihak Rumah Makan Riverside MEMOHON MAAF kepada semua pelanggan kesayangan kami sebab kami terpaksa 'HOLD' kan dulu operasi kami pada minggu ini.
Ini kerana kedai kami sedang mengadakan 'DEEP MAINTENANCE' dan 'DEEP CLEANING' untuk keselesaan para pelanggan Rumah Makan di masa akan datang. InsyaAllah minggu depan siap lah semua kerja kerja penambah-baikan kedai kami. Sekali lagi kami memohon maaf 🥲🙏
Tarikh Tutup Kedai :-
- SABTU (20/12/25)
- AHAD (21/12/25)
- KHAMIS (25/12/25)(KRISMAS)
HasbunAllah Wanikmal Wakil,
Jumpa Demeh Semua Minggu Depan
Segala Kesulitan Amatlah Dikesali
-Mat Karïm-
"SALAM MAULIDUR RASUL 1447H 🌙"
Allahumma Solli Alaa Saidina Muhammad
Salam Maulidur Rasul kepada semua pelanggan Rumah Makan Riverside yg dikasihi. Hari ini merupakan hari yg mulia bagi seluruh muslimin dan muslimat di serata galaksi. Hari kelahiran junjungan kita Rasulullah SAW kekasih Allah.
Demeh kalau baca post ni, stop kej*p. Kej*pp je. Kita selawat sekali dgn penuh khusyuk. Sekali kita selawat pada baginda, 10 kali Allah selawat pada kita. Punya la special nya selawat ni tuan puan. Dah la hari Jumaat, tambah pulak hari special Maulidur Rasul. Kira la berapa tingkat nya pahala kalau kita selawat harini tuan puan.
Hari ini, Jumaat 5/9 Maulidur Rasul, Public Holiday. Kedai kami buka sepertia kebiasaan nya. Cuma kami akan stop kej*p operation masa solat Jumaat. Kej*p je tak lama pon. Lepas balik solat Jumaat kita sambung 'Mematin Semula' 😁
Dah Selawat Ke Belum Harini ?
-MatKarïm-
Patin Tempoyak Buat Kambek di Bazaar Ramadhan Sri Gombak 11 Mac (Selasa) ni ?
Sabaaaa j*p ok 😘😘
03/02/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the restaurant
Telephone
Website
Address
Rumah Makan Riverside, Lot 5506 Jalan Sum Sum Hilir Kampung Janda Baik
Bentong
28750
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 22:00 |
| Sunday | 08:00 - 18:00 |