Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin
19/05/2026
🔥 [AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU]
🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Pertandingan Panitia Bahasa Melayu yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat. 📚✨
Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti:📖 Bercerita✍️ Mengeja & Menulis🎤 Deklamasi Sajak🎶 Syair🌺 Pantun⚡ Seberapa Pantas menjawab tatabahasa.
Syabas juga kepada para pemenang yang telah berjaya menerima hadiah atas usaha dan kecemerlangan masing-masing. 🏆🎉
Semoga program seperti ini dapat terus memupuk minat murid terhadap Bahasa Melayu serta meningkatkan keyakinan dan bakat dalam diri setiap peserta.
Teruskan melakar kejayaan dan menjadi kebanggaan sekolah! ❤️
15/05/2026
✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨
“Guru insan yang mendidik dengan ilmu, membimbing dengan hikmah dan menyentuh hati dengan kasih sayang.” 🌷
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik umumnya dan khususnya buat pendidik SRIRS atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa menjadi generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Semoga setiap langkah, penat lelah dan jasa yang dicurahkan menjadi amal soleh serta diberkati Allah SWT. Terima kasih kerana terus menjadi cahaya dalam perjalanan ilmu anak-anak didik. 💐
SELAMAT HARI GURU 2026
ikhlas daripada warga SRIRS 🤍
🔥 PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH [SRIRS] 🔥 (PART 4)
Sekitar majlis perasmian sambutan Hari Guru SRIRS 2026. Persembahan bicara berirama oleh murid Srirs serta nyanyian lagu bertajuk guruku oleh adik Ammar, murid tahun 5 Jannatul Firdaus.
15/05/2026
🔥 PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH [SRIRS] 🔥 (PART 2)
Sekitar majlis perasmian sambutan Hari Guru SRIRS 2026. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SRIRS dengan berpakaian bertemakan 'jika aku bukan seorang guru'.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sungai Kajang
Batu Pahat
83000
Opening Hours
| Monday | 07:45 - 15:30 |
| Tuesday | 07:45 - 15:30 |
| Wednesday | 07:45 - 15:30 |
| Thursday | 07:45 - 15:30 |
| Sunday | 07:45 - 15:30 |