PENTAS
20/03/2026
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙
Maaf zahir dan batin daripada kami,
Presiden dan seluruh ahli PENTAS UTHM.
Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. 🤍
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan bersama insan tersayang. 🌸
19/02/2026
🌙✨ Salam Ramadan 1447H ✨🌙
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan ketenangan buat kita semua.
Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan penuh iman dan harapan kepada ganjaran Allah SWT.
💙 Ikhlas daripada Presiden dan seluruh ahli PENTAS.
23/11/2025
🏆✨ Tahniah kepada para pemenang Kuiz Integriti 2025! ✨🏆
Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Kuiz Integriti anjuran Unit Integriti dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PENTAS).
Tahniah khas kepada pemenang utama yang berjaya memperoleh markah penuh 20/20 dengan masa terpantas! ⏱👏
1️⃣ Puan Hajah Nafisah binti Hamzah – Pejabat Penasihat Undang-Undang
2️⃣ Puan Nor Azlina binti Hasan – Pusat Kesihatan Universiti
3️⃣ Puan Sri Herliana Wati binti Hamri – Pejabat Pengurusan Akademik
Semoga semangat dan nilai integriti yang ditonjolkan terus menjadi budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga UTHM. 💙❤️
17/10/2025
🎓 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA
Daripada Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM
PENTAS merakamkan ucapan tahniah kepada enam pentadbir kanan UTHM yang terpilih menyertai Program GTU Champion 2030: Pemerkasaan Pentadbir di Fraunhofer IEM, Paderborn, Germany.
Pemilihan ini merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan pentadbir UTHM dalam menggalas peranan kepimpinan bertaraf global. Semoga program ini menjadi medium terbaik dalam memperkasa kompetensi, memupuk jaringan strategik antarabangsa serta menyumbang kepada pembangunan organisasi yang lebih berimpak tinggi.
PENTAS sentiasa menyokong pembangunan profesionalisme dan kepimpinan pentadbir ke arah kecemerlangan institusi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400