Layar Temir Bookstore
08/03/2026
🥀5 KERANGKA FUNDAMENTAL PEMIKIRAN SYED NAQUIB AL-ATTAS🥀
Dalam kesedihan kita mengenang pemergian tokoh Ulama, Cendekiawan, Pemikir Terulung & Imam Ghazali zaman ini, kita renungi 5 kerangka pemikiran beliau yang diringankan bahasanya
08/03/2026
إنا لله وإنا إليه راجعون
Dukacita dimaklumkam bahawa Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mangkat petang tadi 18 Ramadan 1447 pada pukul 6.47
Semoga Allah Taala mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah, dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin.
Allahyarham akan disolatkan esok pagi di Masjid al-Taqwa dan dikebumikan di Perkuburan Muslim Kiara.
…
Mawlana al-Imam al-Mujaddid Allamah Mutafannin Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Beliau seorang imam kerana Madrasah Pemikirannya didokong sejumlah besar ilmuwan hebat. Tak melampau untuk saya katakan Gagasan Malaysia Madani berdiri di atas asas yang diasaskan beliau.
Beliau seorang mujaddid kerana menurut guru Saya Mawlana Imam Ali Jum'ah:
Mujaddid adalah mereka yang membugar semula wacana Islam supaya Islam terus teguh mendepani cabaran semasa.
Pembaruan tersebut 5 sudut utama:
1- Manhajiyyah (Metodologi)
2- Ma'rifiyyah ( Epistomologi)
3- Namuzaj Ma'rifi (Paradigma)
4- Idrak Waki' (Cerapan Realiti)
5- 'Ardh Turath (Mendalami dan Membentang semula Turath)
Gagasan Islamisasi Ilmu yang dibentang Prof Syed Naquib cukup mencapah dan mendalam. Beliau sememangnya seorang al-Imam al-Allamah.
Tak sama dengan gagasan Tajdid palsu. Yang menipu masyarakat dengan ajak kembali kepada sunnah, namun dengan pemikiran celaru dan simplistik. Dan mudah meremehkan usaha dan pemikiran ulama terdahulu.
Prof Syed Naquib..
Beliau nikmat besar buat Malaysia dan Dunia
Rugi rakyat Malaysia mensia-siakan ilmu dan tokoh hebat ini.
Nenek nenek kita, sakit gigi, suruh selawat, sakit perut baca selawat. Semua suruh selawat. Mereka tahu besar fadhilat selawat
14/01/2026
MISYKATUL ANWAR | CERUK CAHAYA
-Imam Ghazali : Adam Muhammad Jibril (Penterjemah)
Misykatul Anwar merupakan salah satu kitab Tasauf karya Imam Al-Ghazali. Berbeza dengan kitabnya yang lain, kitab ini tidak tebal,kecil dan nipis. Fokus perbahasannya ilah tafsir ayat tentang cahaya yang terdapat dalam Al-Quran Surah An-Nur ayat 35.
Dalam Muqaddimah, Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang tujuan penulisan kitab ini, iaitu untuk menghuraikan satu ayat Al-Quran dan satu hadis mengikut permintaan seorang murid dekatnya. Hdis yang dimaksudkan ialah hadis tentang hijab. Olehitu, tema umum kitab ini ialah metafisik cahaya.
RM14
_______
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/MisykatulAnwar
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉https://telegram.me/layarTemirBookstore
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Batu Caves
68100