Magic Flour

Magic Flour

Share

07/10/2022

Leh buat sok ni..

KUAH DHAL HOMEMADE.

Bahan²nya :

1/2 cawan kacang dhal (pilih yang kuning kecil cepat empuk.Rebus separuh empuk ye)
1sd serbuk kunyit
1 cawan pati santan
1 sdb asam jawa
2 biji ubi kentang -potong kiub
1 batang lobak merah -potong kiub
2 biji terung -potong kiub
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air

Bahan² untuk tumis darat :
5 biji bwg merah - dihiris
2 biji bwg putih - dihiris
Beberapa tangkai cili kering potong dua
1sd biji sawi
Myk masak @ minyak sapi
Daun kari

Cara²nya :

1. Masukkan kacang dal separuh masak, ubi kentang dan lobak merah didalam periuk.Tambahkan air dan masak sehingga semua bahan lembut.Tambahkan juga sedikit serbuk kunyit (untuk bagi kaler kuah cantik)

2. Masak sehingga kacang dal hampir hancur dan kuah sedikit memekat.Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair.Jangan juga terlampau sedikit.Agak² ye.

3. Masukkan terung.Agak² terung dah lembut masukkan p**a pati santan, air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa.Kemudian tutup api.

4. Didalam kuali lain p**a, masukkan sedikit minyak masak sapi.Tumis bahan² tumis darat tadi sehingga agak garing dan naik bau.Kemudian masukkan bahan² tumis tadi (sekali minyak) keatas kuah dal yang siap dimasak awal tadi.Kacau sebati.Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Photos 26/03/2018

Setiap urusan rezeki kita telah Allah tetapkan untuk kita sejak di luh mahfuz

Rezeki tidak akan pernah tertukar.
Rezeki tidak pernah tersalah alamat.
Pengangguran?
Masalah Kerja?
Masalah kewangan?

Jika kita ada masalah, kenapa sibuk membuang masa untuk risau dengan masalah tersebut?
Kenapa tidak luangkan masa untuk berdoa kepada Allah untuk setiap jalan keluar?

Minta kepada Allah.
Minta.
Minta.
Dan terus meminta.
Allah pasti akan tolong

Pasti!

Kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dia takkan biarkan kita selagi kita berharap kepadaNya. Mana ada orang yang kecewa kerana berharap kepada Allah

Tiada

Yang ada hanyalah mereka yang kecewa kerana berharap kepada manusia.
Berharap kepada usaha sendiri.
Berharap kepada majikan.
Berharap kepada kerja.
Berharap kepada duit.
Memang kita akan kecewa

Berharap kepada selain Allah, kita pasti akan kecewa

Kenapa?

Kerana Allah ingin mengajar kita supaya berharap hanya padaNya

Peganglah kuat-kuat “Tiada yang dapat menghalang jika Allah ingin memberi. Dan tiada yang dapat memberi jika Allah menghalang.”

Kita akan tenang

Persoalan lambat atau cepat, mudah atau sulit bergantung kepada sejauh mana kesungguhan kita meminta kepadaNya

“Apa yang kita mahu (kehendak kita) belum tentu yang terbaik untuk kita tetapi apa yang kita dapat (kehendak Allah) pasti terbaik untuk kita kerana semuanya dari Allah

Yakin.
Doa.
Sabar.
Syukur

Yakinlah, semuanya akan tepat pada saatnya.
Senyum dan Yakin. Don’t lose hope!

Photos 19/03/2018
Want your business to be the top-listed Bakery in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 13:00