Pahit.Manis
Bismillahirrahmanirrahim.
Tahun 2026, Kafe PahitManis beroperasi semula setelah sekian lama menyepi. Semoga Allah permudahkan dan berikan keberkatan dalam perniagaan kami, insyaallah.
Tempat masih sama, di Medan Selera Taman Greenwood, Gombak.
Menu-menu menarik menanti korang!
Latte, americano, waffle, vanilla aiskrim dan bermacam lagi ❤
Hai korang!
Rindu waffle PahitManis ke tu?
Ok ke tak tu?
Laku keras waffle PahitManis hari ini. Alhamdulillah.
Terima kasih semua yang support ❤️
Mari kita cuba lah tema lain p**a. Ini gambar air sparkling PahitManis yang di'AI' kan. Cantik juga kan.
Eh, outlet Pahit Manis dah beroperasi seperti biasa ye. Jemputlah mai singgah untuk menikmati menu-menu kami yang sedap.
Tak rindu ke dengan Waffle Pahit Manis? ❤️
Lokasi kami di:
🚩 Medan Selera Taman Greenwood
Waktu operasi:
🕜 Selasa - sabtu (2.00petang - 9.00malam)
🕦 Ahad (11.30pagi - 7.00malam)
🚫 Isnin cuti
Bye korang ❤️
Secangkir kopi di Pahit Manis, sekelat senyuman pasti terubat saat kita melepaskan dengan redha dan lapang dada.
Jemput singgah ke Pahit Manis Taman Greenwood ❤️
03/04/2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI.
TAQABALLAH HUMINNA WA MINKUM.
Ada yang dah balik ke KL ke tu? Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Maaflah, kami pun tak sempat nak update apa-apa berkenaan cuti raya di Medsos. Kalut dengan beberapa hal.
So, yang mana nak makan waffle PahitManis, aiskrim dan kopi, boleh mai ke PahitManis pada 8 April 2025.
Jumpa nanti tau. Syoknya raya-raya ni dapat makan aiskrim PahitManis ❤️
10/03/2025
Saja cuba guna Chatgpt untuk create image.
Hasilnya. Tarrrrrraaaaaaaaa! Aiskrim dan coffee tu kena dah tema PahitManis. Cuma beza dia duk cozy cafe. Kami di Medan Selera Taman Greenwood.
Takpa, yang penting menu-menu di PahitManis semua sedap-sedap macam di cozy cafe macam ini. Tak percaya? Tak percaya sudah😆
Hari ini kami beroperasi seperti biasa jam 5.30petang sehingga 11.00malam. Mai singgah hari ini. Alang-alang pi bazar beli menu berbuka, singgah ke PahitManis, beli aiskrim p**a.
Barulah lengkap menu berbuka. Tak gitu?
Selamat berpuasa semua 😁
06/03/2025
Pengumuman penting!
Waktu operasi PahitManis adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.
Jadi, yang mana nak beli untuk berbuka puasa pun boleh, nak dijadikan menu moreh pun boleh. Pernah rasa borneo latte? Cadangan admin untuk cuba dan pekena sekali waffle coklat. Padu!
Jemput singgah ke PahitManis hari ini ❤️
05/03/2025
Untuk makluman semua. Untuk menu aiskrim, disepanjang bulan Ramadan ini kami buat dalam bentuk sudah siap untuk dimakan. Maknanya, kami tidak akan pasang mesin untuk 'press' setiap kali terima order. Kami akan pack siap-siap dalam bekas macam dalam gambar ini.
Ada dua bekas mengikut saiz dan harga:
1. RM3.50
2. RM4.90
Ada perisa coklat dan strawberry. Setakat ini, 2 perisa ni pun dah ramai peminatnya.
Jemput datang singgah ke PahitManis hari ini ye.
04/03/2025
Apakah semua ini? 😆
Dah ada menu berbuka dan moreh ke tu?
Kami beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.
Waffle special. Tepung waffle PahitManis memnag sedap dan ramai teringat-ingat bila dah rasa. Ditambah p**a dengan limpahan coklat dan biskut-biskut hancur ditabur di atasnya. Memang surrrrr!
Harga cuma RM8.90. Berbaloi dan puas hati. Rasa sekali pasti nak lagi.
Apa lagi? Jemputlah singgah ke PahitManis petang ini untuk juadah berbuka dan moreh selepas terawih ❤️
04/03/2025
Dah ada menu berbuka dan moreh ke tu?
Kami beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.
Waffle special. Tepung waffle PahitManis memnag sedap dan ramai teringat-ingat bila dah rasa. Ditambah p**a dengan limpahan coklat dan biskut-biskut hancur ditabur di atasnya. Memang surrrrr!
Harga cuma RM8.90. Berbaloi dan puas hati. Rasa sekali pasti nak lagi.
Apa lagi? Jemputlah singgah ke PahitManis petang ini untuk juadah berbuka dan moreh selepas terawih ❤️
03/03/2025
Ramadan Kareem!
Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam telah pun tiba. Ahlan ya Ramadan. Marilah sama-sama kita sambut bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.
Ramadan adalah bulan istimewa kerana di dalamnya ada begitu banyak ganjaran pahala untuk setiap ibadah yang kita laksanakan. Jadi, janganlah kita mensia-siakan peluang yang ada ini ye.
Untuk makluman semua. PahitManis akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan namun dengan hari dan waktu yang berbeza.
Kami akan beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi p**a dari 5.30petang sehingga 11malam.
Menu PahitManis pun sesuai dijadikan juadah berbuka dan juga moreh tau. Yang penting, semua sedap, insyaallah ❤️
Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah terawih korang!
26/02/2025
Allahuakbar. Apa lagi nikmat yang kau dustakan?
Inilah dia air chocolate kaw dari PahitManis. Secara visual, kami usaha bagi nampak menarik. Namun.....rasanya sememangnya tidak boleh dinafikan. Teramat sedap sebab kami bancuh air cohoclate dengan produk yang premium dan sukatan yang seimbang.
Pekat!
Jangan lepaskan peluang ini. Jom singgah ke PahitManis hari ini. Kami beroperasi dari jam 2 petang sehingga 9 malam.
Jom kita!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
No 6, Seri Selera MPS Taman Greenwood
Batu Caves
68100
Opening Hours
| Monday | 11:30 - 20:00 |
| Tuesday | 11:30 - 20:00 |
| Wednesday | 11:30 - 20:00 |
| Thursday | 11:30 - 20:00 |
| Friday | 11:30 - 20:00 |
| Saturday | 11:30 - 20:00 |
| Sunday | 11:30 - 20:00 |