SI ORI Therapy

SI ORI Therapy

Share

12/06/2026

12 Jun 2026 | PPDK Kasih Templer
Bengkel Autisme: Latih Anak Berdikari Oleh Terapis Cara Kerja (OT) 🤍

Antara tips penting yang telah dikongsikan adalah berkaitan:

- Strategi latih kemahiran motor
- Sokongan visual dalam membantu sesi
- Strategi latih kemahiran urus diri
- Strategi bermain dengan anak ( grading)
- Strategi penggalakan tinglaku positif

Terima kasih kepada semua guru yang hadir berkongsi ruang, ilmu dan harapan :)

Hargai setiap pencapaian murid & anak 😃

Perjalanan intervensi anak bukan sprint but it’s a journey we walk together.

05/06/2026

Kenapa Ibu Bapa Perlu Masuk dan Terlibat Aktif Dalam Sesi Terapi Pertuturan Bahasa.

“Saya sudah hantar anak terapi setiap minggu. Kenapa perkembangan masih perlahan?”❓❓

Ini antara soalan yang paling kerap saya dengar daripada ibu bapa.

⚠️ Hakikat yang jarang dibincangkan ialah perkembangan komunikasi anak bukan berlaku hanya semasa sesi terapi. Malah, sebahagian besar pembelajaran sebenar berlaku di rumah, di sekolah, di taman permainan, di kedai, ketika makan bersama keluarga dan dalam pelbagai situasi harian.

✅ Sesi terapi biasanya berlangsung antara 45 hingga 60 minit sahaja seminggu (paling kerap).

👉 Tetapi ibu bapa bersama anak berpuluh-puluh jam setiap minggu.‼️

🤔 Jika difikirkan semula, siapakah yang mempunyai lebih banyak peluang untuk membantu perkembangan komunikasi anak?

🟰 Jawapannya bukan Ahli Terapi Pertuturan Bahasa (SLT).

✔️ Jawapannya ialah IBU BAPA.

Inilah sebabnya mengapa penglibatan ibu bapa dalam sesi terapi bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan komponen penting dalam intervensi moden yang berasaskan bukti.

✏️✏️✏️

Terapi Moden (setelah banyak EBP) Bukan Sekadar “Latih Anak”.

Ramai ibu bapa membayangkan sesi TERAPI sebagai sesuatu yang berlaku di dalam bilik terapi.

1️⃣ Anak masuk.

2️⃣ SLT menjalankan aktiviti.

3️⃣ Anak keluar.

4️⃣ Ibu bapa menunggu di luar.

5️⃣ Kemudian SLT memberi sedikit penerangan di penghujung sesi.

↖️ Walaupun pendekatan ini pernah digunakan suatu ketika dahulu, banyak kajian terbaru menunjukkan bahawa HASIL yang lebih baik berlaku apabila ibu bapa terlibat secara aktif dalam sesi terapi.

✔️ Dalam pendekatan moden seperti Family-Centred Approaches, Participation-Centred Intervention (PCI), Auditory Verbal Therapy (AVT), Hanen Program dan pelbagai model coaching yang lain, sesi terapi bukan hanya untuk anak.

🟢 Sesi terapi juga merupakan proses “ADULT EDUCATION” atau pendidikan kepada ibu bapa @ penjaga. Terutama untuk anak bawah 5 tahun.

🔺 SLT bukan sekadar mengajar anak.

🔺 SLT juga mengajar ibu bapa.

💡💡💡

Setiap Anak Berbeza

Inilah perkara yang paling penting.

🔹 Anak anda bukan video TikTok.

🔹 Anak anda bukan kandungan YouTube.

🔹 Anak anda bukan contoh yang dipaparkan dalam media sosial.

Setiap anak mempunyai:

1. kekuatan yang berbeza
2. cabaran yang berbeza
3. tahap perkembangan yang berbeza
4. minat yang berbeza
5. gaya pembelajaran yang berbeza

🔘 Strategi yang berkesan untuk seorang kanak-kanak mungkin tidak sesuai untuk anak anda.

🤩 Kadangkala ibu bapa melihat satu teknik di media sosial lalu mencubanya di rumah. Kadang kala berjaya...

😩 Namun apabila tidak berjaya, mereka mula kecewa.

😫 Mereka merasakan anak tidak memberi kerjasama.

😟 Sedangkan masalah sebenar mungkin bukan pada anak.

☑️ Masalahnya ialah strategi tersebut tidak sesuai dengan keperluan anak mereka.

✅ Apabila ibu bapa hadir dalam sesi terapi, mereka dapat melihat sendiri bagaimana SLT memilih strategi yang spesifik berdasarkan pemerhatian, penilaian dan respon anak secara langsung.

💎💎💎

Melihat Sesuatu Yang Orang Lain Tidak Nampak

🤹🏻‍♂️ SLT bukan sekadar bermain dengan anak.

👀 Semasa sesi berlangsung, SLT sebenarnya sedang memerhatikan banyak perkara yang mungkin tidak disedari oleh orang lain.

Contohnya:

1. Adakah anak memahami bahasa?
2. Adakah anak mempunyai niat untuk berkomunikasi?
3. Bagaimanakah tahap kemahiran bahasa-pertuturan anak?
4. Adakah anak memerlukan lebih banyak masa untuk memproses maklumat?
5. Apakah yang menghalang dia untuk belajar, faham dan ekspresi?
6. Adakah aktiviti tersebut terlalu mudah atau terlalu s**ar?
7. Apakah yang sebenarnya memotivasikan anak?

💎 Kadangkala perubahan kecil yang dilakukan oleh SLT boleh menghasilkan perubahan besar dalam respon anak.

👍 Apabila ibu bapa berada dalam sesi, mereka dapat MELIHAT proses ini berlaku secara langsung.

🙋🏻‍♀️ Mereka bukan sekadar tahu APA yang perlu dibuat.

🤷🏻‍♂️ Mereka juga memahami MENGAPA sesuatu strategi digunakan.

🗣️🗣️🗣️

Belajar Strategi Yang Sesuai Untuk Anak Anda

Salah satu kesilapan yang sering berlaku ialah ibu bapa mengetahui matlamat terapi tetapi tidak benar-benar memahami CARA untuk mencapainya.

Sebagai contoh:

Matlamat:
“Anak perlu belajar meminta.”

👂🏻 Kedengaran mudah.

🤷🏻‍♂️ Tetapi bagaimana caranya?

🤔 Bilakah perlu tunggu?

🤔 Bilakah perlu beri bantuan?

🤷🏻‍♀️ Bilakah perlu beri model bahasa?

😫 Bilakah perlu beri pilihan?

😟 Bilakah perlu menggunakan visual?

😩 Bilakah perlu mengurangkan bantuan?

🥹 Semua ini memerlukan kemahiran.

➡️ Kemahiran tersebut tidak datang secara automatik.

✅ Ia perlu dipelajari, diperhatikan dan diamalkan.

🔺 Sebab itulah sesi terapi memberi peluang kepada ibu bapa untuk melihat strategi tersebut digunakan secara langsung bersama anak mereka sendiri.

💢💢💢

Daripada Latih Anak Kepada Melatih Ibu Bapa

❇️ Salah satu perubahan terbesar dalam dunia terapi hari ini ialah peralihan daripada pendekatan yang hanya melatih anak kepada pendekatan yang membina keupayaan ibu bapa.

✅ Matlamat tertinggi terapi bukanlah menghasilkan anak yang berjaya dalam bilik terapi.

✅ Matlamat tertinggi terapi ialah menghasilkan ibu bapa yang cukup yakin dan berkemahiran untuk menyokong komunikasi anak dalam kehidupan sebenar.

🤩 Apabila ibu bapa memahami prinsip dan strategi yang sesuai:

1. waktu makan menjadi peluang komunikasi
2. waktu bermain menjadi peluang komunikasi
3. perjalanan dalam kereta menjadi peluang komunikasi
4. membeli-belah menjadi peluang komunikasi
5. aktiviti harian menjadi peluang pembelajaran

⚠️ Terapi tidak lagi berlaku satu jam seminggu.

🔺 Terapi berlaku setiap hari.

💙💙💙

Anda Tidak Perlu Menjadi Terapis

🚫 Ramai ibu bapa berasa takut.

🚫 Mereka risau tersalah buat.

🚫 Mereka merasakan mereka tidak mempunyai ilmu seperti SLT.

⚠️ Sebenarnya anda tidak perlu pun menjadi seorang terapis.

✔️ Anda hanya perlu menjadi “COMMUNICATION PARTNER” yang terbaik untuk ANAK anda.

☑️ Tugas SLT ialah membantu anda memahami anak, mempelajari strategi yang sesuai dan membimbing anda menggunakan strategi tersebut dalam kehidupan sebenar.

✅ Apabila ibu bapa dan SLT bekerjasama sebagai satu pas**an, peluang untuk melihat perubahan yang bermakna menjadi lebih besar.

👍👍👍

Pelaburan Terbaik Untuk Masa Depan Anak

➡️ Jika anda sudah meluangkan masa, tenaga dan kewangan untuk membawa anak menghadiri terapi, jangan lepaskan PELUANG UNTUK BELAJAR bersama.

✅ Masuklah ke dalam sesi.

✅ Perhatikan dan catat.

✅ Bertanya dan belajar.

✅ Berlatih dan praktis depan SLT.

✅ Dapatkan maklum balas.

✔️ Kerana perubahan besar biasanya tidak berlaku semata-mata disebabkan terapi.

✔️ Perubahan besar berlaku apabila strategi yang betul digunakan secara KONSISTEN dalam kehidupan harian.

☑️ Dan tiada siapa yang mempunyai lebih banyak peluang untuk melakukannya selain ibu bapa sendiri.

🔺 Di SI ORI Therapy, kami percaya bahawa terapi terbaik bukan sekadar membantu anak semasa sesi berlangsung.

🔺 Kami percaya terapi terbaik ialah apabila ibu bapa memahami apa yang dilakukan, mengapa ia dilakukan dan bagaimana untuk meneruskannya di rumah dengan yakin.

🤷🏻‍♂️ Jika anda mempunyai kebimbangan tentang perkembangan komunikasi, bahasa, pertuturan, pendengaran atau interaksi sosial anak, dapatkan penilaian dan intervensi daripada Ahli Terapi Pertuturan Bahasa (SLT) yang berpengalaman.

👶🏻 Kerana setiap anak adalah unik.

Dan setiap keluarga berhak mendapat panduan yang tepat, berasaskan bukti dan disesuaikan dengan keperluan sebenar anak mereka.👍

Mr. SI SLT
SI ORI Therapy
“Where Holistic Intervention Begins”

29/05/2026

Thanks for being a top engager and making it onto my weekly engagement list! 🎉

Ana Mira'e, Nfy Nfy, Mardiana Din Muhammad, Siti Noorazean Mohamad, Azlina Eyna Emily, Anum Zainall, Nazatul Liana, Emelyn Rosette, Wawa Iewana, Miekasara Miekasara

28/05/2026

DEVELOPMENTAL LANGUAGE DISORDER : KECELARUAN PERKEMBANGAN BAHASA (DLD)

“Anak saya nampak normal… tetapi kenapa dia masih susah faham dan bercakap?”

Sebagai Ahli Terapi Pertuturan Bahasa (SLT) antara perkara yang saya selalu dengar ialah anak & murid yang sering dilabel sebagai:

* “slow learner”
* “malas belajar”
* “tak fokus”
* “masuk telinga kanan keluar telinga kiri”
* “boleh cakap… tapi macam tak faham”

Ada juga ibu bapa yang datang berjumpa saya dengan penuh kekeliruan:

“Encik… anak saya ni sebenarnya masalah apa?”

✔️ Dia boleh bercakap.
✔️ Dia boleh membaca sedikit.
✔️ Dia nampak seperti kanak-kanak lain.

Tetapi…

🌀 Apabila bercakap, ayatnya pendek dan bercampur-aduk.
🌀 Apabila diberi arahan sedikit panjang, dia mudah keliru.
🌀 Apabila di sekolah, dia lambat faham pelajaran walaupun sudah diulang berkali-kali.
🤔🤔🤔

▶️ Kadang-kadang… bukan sebab anak itu malas.
▶️ Bukan juga sebab ibu bapa tidak mengajar.

⚠️ Tetapi mungkin kerana anak tersebut mempunyai Developmental Language Disorder (DLD).

❔❔❔

Apa itu DLD?

Menurut International Classification of Diseases (ICD-11), DLD ialah kecelaruan perkembangan bahasa yang menyebabkan seseorang mengalami kes**aran berterusan dalam:

- memahami bahasa
- menghasilkan bahasa
- menggunakan bahasa dalam komunikasi harian

Kes**aran ini berlaku sejak awal perkembangan kanak-kanak dan memberi kesan kepada kehidupan mereka di rumah, sekolah, tempat kerja serta interaksi sosial.

Ringkasnya…

🧠 Otak mereka mengalami kes**aran untuk memproses dan menggunakan bahasa dengan efisien.

Dan ya… ✅ DLD adalah diagnosis yang benar-benar wujud serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
➡️ World Health Organization

🔲🔲🔲

🗣️ “Tapi anak saya boleh bercakap…”

➡️ Inilah sebab ramai kanak-kanak DLD terlepas pandang.

Kerana DLD bukan semata-mata “tak boleh bercakap”.

Ada kanak-kanak yang:

1. banyak bercakap tetapi ayat tidak matang
2. s**ar memahami arahan panjang
3. susah mencari perkataan yang sesuai
4. s**ar menceritakan sesuatu dengan tersusun
5. nampak “blur” ketika belajar
6. lambat memahami soalan guru
7. cepat penat apabila perlu mendengar dan memahami banyak maklumat

Kadang-kadang ibu bapa sendiri nampak anak mereka seperti:

“Dia pandai… tapi macam susah nak keluarkan apa yang dia fikir.”

🧐🧐🧐

DLD bukan sekadar “speech delay”

Ini sangat penting.

“Speech delay” atau “language delay” biasanya menggambarkan kelewatan perkembangan. Ia bukanlah diagnosis tetapi hanya keadaan perkembangan anak yang “lambat sedikit” daripada perkembangan tipikal. Terma ini tidak sepatutnya digunakan selepas anak berumur 5 tahun. Jika anak masih ada masalah pertuturan-bahasa selepas berumur 5 tahun berkemungkinan besar anak ada masalah kecelaruan pertuturan- bahasa yang lebih serius serta perlukan penilaian daripada SLT.

Namun DLD ialah kecelaruan perkembangan bahasa yang boleh berpanjangan sehingga dewasa. Ya kadang kala kita tak sedar bahawa anak memang ada masalah kecelaruan bahasa bukannya “lambat”.

➡️ Kajian menunjukkan ramai individu DLD masih mengalami kes**aran dalam:

- [ ] Pembelajaran
- [ ] kefahaman bahasa
- [ ] kemahiran sosial
- [ ] pekerjaan
- [ ] kesihatan mental

Malah ada orang dewasa yang selama ini dianggap:

- lambat faham
- kurang yakin
- lemah komunikasi

🥺 sedangkan sebenarnya mereka membesar dengan DLD yang tidak dikenalpasti.

💿💿💿

Kenapa DLD selalu disalah faham?

Kerana simptomnya tidak selalu “jelas”.

Berbeza dengan masalah fizikal yang boleh dilihat, DLD sering tersembunyi di sebalik:

1. masalah akademik
2. tingkah laku
3. emosi
4. kurang keyakinan diri

😡 Ada kanak-kanak dimarahi kerana:

“Tak dengar cakap.”

💢 Padahal dia sebenarnya tidak benar-benar memahami arahan yang panjang.

😡 Ada murid yang dianggap malas belajar.

💢 Tetapi hakikatnya dia mengambil masa lebih lama untuk memproses bahasa dan memahami isi pembelajaran.

💔Bayangkan perasaan seorang anak…

😵‍💫 Dia cuba memahami dunia sekelilingnya.
Tetapi perkataan, arahan dan ayat datang terlalu laju untuk diproses.

Lama-kelamaan dia mula:

- [ ] diam
- [ ] mengelak bercakap
- [ ] cepat marah
- [ ] hilang keyakinan diri

Kadang-kadang masyarakat hanya nampak tingkah laku… tetapi tidak nampak kes**aran bahasa yang berlaku di dalam dirinya.

⚽️⚽️⚽️

DLD dan pembelajaran

~Bahasa ialah asas kepada pembelajaran.~

Sebab itu kanak-kanak DLD sering mengalami kes**aran dalam:

1. membaca
2. menulis
3. memahami soalan
4. membuat inferens
5. menceritakan semula isi pelajaran

Ini juga berkait dengan konsep “Science of Reading” yang menunjukkan bahawa kefahaman bahasa sangat mempengaruhi kemahiran literasi dan pembacaan.

Sebab itu ada murid yang:

✅ boleh membaca perkataan
tetapi
❌ tidak memahami apa yang dibaca.

🍋🍋🍋

🗣️ “Dia cuma lambat sikit je…”

😩 Kadang-kadang ayat ini membuatkan intervensi menjadi lambat.

Tidak semua kelewatan bahasa ialah DLD.
Tetapi jika kes**aran bahasa:

* berpanjangan
* memberi kesan kepada pembelajaran dan kehidupan harian
* jelas berlaku sejak kecil

⚠️ maka penilaian lanjut sangat penting.

Kerana lebih awal kita memahami kes**aran anak, lebih awal kita boleh membantu mereka membina:

1. kefahaman bahasa
2. kemahiran komunikasi
3. keyakinan diri
4. fungsi sosial dan akademik

🐥🐥🐥

Apa yang paling penting?

✔️ Kanak-kanak DLD bukan malas.
✔️ Bukan degil.
✔️ Bukan tidak bijak.

💚 Mereka cuma memerlukan cara pembelajaran dan sokongan bahasa yang lebih sesuai dengan bagaimana otak mereka memproses bahasa.💜

Kadang-kadang perubahan kecil seperti:

1. menggunakan ayat yang lebih ringkas
2. memberi masa tambahan untuk memproses maklumat
3. visual support
4. pengulangan yang konsisten
5. strategi bahasa yang betul

➡️ boleh memberi perubahan yang sangat besar dalam kehidupan mereka.

🚨🚨🚨

Sebagai masyarakat…

Kita perlu berhenti melihat semua kanak-kanak melalui “standard yang sama”.

⚠️ Ada anak yang memerlukan lebih banyak bantuan untuk memahami bahasa dan dunia di sekeliling mereka.

Dan itu bukan kelemahan.

Itulah perjuangan yang sedang mereka lalui setiap hari… walaupun ramai tidak menyedarinya.

🤲🏻 Semoga lebih ramai ibu bapa, guru dan profesional mula mengenali DLD dengan lebih baik.

Kerana kadang-kadang…

Apabila kita mula memahami kes**aran seorang anak, barulah kita tahu bagaimana untuk benar-benar membantu mereka.

Mr. SI SLT
SI ORI Therapy

Want your practice to be the top-listed Clinic in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


580 A, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00